Membuktikan Cinta Sebenar Kepada Rasulullah

Firman Allah swt : “Sesungguhnya pada diri Rasulallah terdapatnya contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan (keredhaan) daripada Allah swt dan kebaikan pada hari akhirat”. (Surah al-Ahzab:21). Dalam ayat ini Allah Baca lagi »

Sabar ujian tingkatkan keimanan

Sabar berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud mengawal. Secara istilahnya pula sabar didefinisikan sebagai mengawal diri daripada melakukan sesuatu perkara. Contoh sifat sabar adalah ketikamana seseorang itu mengawal dirinya daripada melakukan Baca lagi »

Akhlak Mulia dalam Berfesyen

Bersama Muhammad Asyraf Berfesyen hendaklah mengikut syariat Sabda Nabi saw : ” Sesungguhnya aku diutuskan  untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dan dinilai sahih oleh al-Albani). Hadith ini menunjukkan kepada Baca lagi »

Larangan Menyerupai Gaya Hidup Orang Bukan Islam

Oleh Muhammad Asyraf Hidup remaja makin tersasar ajaran syariat Islam adalah agama dan juga cara hidup yang diturunkan oleh Allah swt kepada sekalian manusia melalui pesuruh dan juga rasulNya iaitu Nabi Muhammad Baca lagi »

Keistimewaan hari Arafah

Oleh Muhammad Asyraf Perbanyakkan doa, zikir dan mohon keampunan pada hari Arafah Hari Arafah adalah hari perhimpunan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia yang menunaikan ibadah haji. Mereka akan bergerak dan berkumpul Baca lagi »

 

Kepentingan Akal Dalam Memahami Syariat Islam

Allah swt telah mengurniakan akal kepada setiap manusia untuk mereka menggunakan nikmat pemberian tersebut dengan sebaik-baiknya dalam meniti kehidupan di atas muka bumi ini. Dengan adanya akal manusia mampu mentadbir alam ini dengan sempurna supaya kehidupan ini mampu dilalui dalam keadaan yang harmoni dan teratur. Namun kadangkala akal pemberian Allah swt ini disalahgunakan tanpa rasa berdosa kepada penciptanya.

Sesungguhnya akal pemberian Allah swt kepada manusia perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya. Allah swt telah menceritakan perihal hamba-hambaNya yang digelar sebagai ‘Ulul al-Bab’. Mereka ialah manusia yang beriman kepada Allah swt dan menggunakan akal pemikiran dengan sebaik-baiknya dalam rangka mentaati segala perintahNya. Firman Allah swt: “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan juga bumi, pada pertukaran waktu malam dan juga siang adalah tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir. Mereka ialah manusia yang sentiasa mengingati Allah swt ketika berdiri, duduk mahupun berbaring. Mereka memikirkan pada penciptaan lagit dan bumi (lalu berkata) : Wahai Tuhan kami sesungguhnya Kamu tidak menciptakan semua ini secara sia-sia, maha suci Engkau maka jauhilah kami daripada azab api neraka.” (Surah Ali Imran: 190-191). Daripada ayat ini jelaslah menunjukkan bahawa tujuan utama penciptaan akal ini adalah untuk melihat kebesaran-kebesaran Allah swt melalui penciptaan alam dan seterusnya tunduk dan patuh kepada segala perintahNya.

Antara kegunaan akal adalah untuk memahami syariat Islam yang telah diturunkan oleh Allah swt melalui kalamNya iaitu al-Quranul Karim dan juga petunjuk RasulNya iaitu Nabi Muhammad saw. Malah akal yang diberikan oleh Allah swt ini merupakan penentu dalam meletakkan hukum bagi setiap manusia yang mukallaf. Sabda Nabi saw: “Diangkatkan penulisan (dosa) daripada tiga golongan: Daripada orang yang tidur sehinggalah dia bangun, daripada kanak-kanak sehinggalah dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia waras.” (Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud). Tujuan dikecualikan dosa bagi tiga golongan ini disebabkan keterbatasan dalam penggunaan akal fikiran yang ditelah dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka.

Selain itu akal merupakan kurniaan Allah yang cukup besar bagi manusia dalam mengenalpasti dan menganalisis sesuatu hukum dalam syariat Islam. Buktinya kita dibenarkan berijtihad bagi sesuatu hukum yang baru apabila terdapat nas-nas yang jelas bagi permasalahan tersebut. Oleh demikian akal digunakan untuk berijtihad dalam permasalahan tersebut melalui dalil-dalil yang berbentuk umum. Namun ijtihad ini tidaklah boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya tetapi mestilah melalui individu-individu yang diiktiraf ketinggian ilmu mereka dalam selok-belok agama. Antaranya lagi, akal digunakan dalam permasalahan qiyas iaitu meletakkan hukum bagi permasalahan baru berdasarkan hukum yang sedia ada melalui persamaan illah (sebab). Contohnya pengharaman menagih dadah yang diqiyaskan kepada pengharaman arak melalui sebabnya iaitu menghilangkan kewarasan akal manusia.

Walaupun dibenarkan untuk kita menggunakan akal dalam perbahasan-perbahasan berkaitan dengan syariat Islam namun perlulah kita ketahui bahawa akal manusia tidak boleh melangkau dan melepasi batasan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya akal manusia perlulah mengikut sesuatu yang telah diterangkan oleh Allah swt dan RasulNya. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu kamu mendahului urusan Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah swt , sesungguhnya Allah swt itu maha mendengar lagi maha mengetahui.” (Surah al-Hujurat: 1). Akal yang waras perlulah mengikut ketetapan hukum-hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya setiap yang dinyatakan oleh Allah swt itu merupakan perkara yang terbaik bagi sekalian manusia dalam segala aspek kehidupan mereka. Maka sesiapa yang meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah secara sengaja bermakna mereka telah mendahului urusan Allah swt dan RasulNya.

Akal yang diberikan oleh Allah swt kepada kita perlulah diselarikan dengan pemahaman dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Islam akal digunakan untuk menghuraikan ayat-ayat al-Quran dan juga Sunnah Nabi saw dengan mengikut disiplin-disiplinnya yang tertentu. Kita dilarang sama sekali untuk meletakkan akal sebagai sumber hukum dan menjadikan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai penghurainya. Ini merupakan kaedah yang salah kerana mendahulukan akal daripada dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Dalam memahami ayat-ayat al-Quran kita sewajibnya melihat kepada huraian-hurain para ulama’ tafsir yang muktabar. Dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran para ulama’ menggunakan dua metode yang utama iaitu al-Tafsir bi al-Ma’thur dan al-Tafsir bi al-Ra’y. Maksud al-Tafsir bi al-Ma’thur adalah menghuraikan ayat-ayat al-Quran dengan berpandukan ayat-ayat al-Quran yang lain. Di samping itu kaedah tafsir ini juga menghuraikan ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan hadith-hadith Nabi saw dan athar para sahabat.

Kaedah al-Tafsir bi al-Ra’y ialah kaedah huraian ayat-ayat al-Quran dengan mengetengahkan pendapat-pendapat peribadi mahupun pandangan para sarjana Islam yang lain. Daripada huraian-huraian melalui kaedah ini maka terserlahlah hikmah-hikmah daripada ayat-ayat al-Quran yang kadangkala tidak mampu dilihat oleh mata-mata manusia. Antara karya tafsir yang menggunakan pendekatan ini ialah kitab Fi Zilal al-Quran karangan Ustaz Sayyid Qutb rhm. Walaupun begitu kaedah al-Tafsir bi al-Ma’thur perlulah diutamakan dalam perbahasan-perbahasan ayat-ayat al-Quran dan seterusnya diselitkan hikmah-hikmah dan juga pandanga-pandangann yang mampu memberi manfaat kepada para pembaca dengan menggunakan kaedah al-Tafsir bi al-Ra’y.

Untuk memahami hadith-hadith Nabi saw, akal memainkan peranan utama untuk memahaminya. Dalam perbahasan hadith-hadith Nabi saw terdapat dua kajian utama iaitu kajian sanad (jalur periwayatan) dan juga kajian matan (teks hadith). Kajian terhadap sanad berkaitan dengan kajian terhadap periwayat-periwayat hadith sebelum ianya sampai kepada Nabi saw manakala kajian terhadap matan ataupun teks hadith meliputi pemahaman dan pengeluaran hukum-hukum daripada sesuatu hadith tersebut. Perlulah kita ambil perhatian bahawa tidak semua hadith yang kita dengari itu boleh diterima bulat-bulat tetapi perlulah kita ketahui status hadith tersebut sama ada ianya diterima atau tidak oleh para sarjana hadith. Hal ini kerana terdapat banyak kata-kata dusta yang telah disandarkan kepada Nabi saw yang sama sekali tidak berkaitan dengan Baginda saw. Oleh itu kita perlu merujuk kepada ahlinya supaya tidak tertipu dengan hadith-hadith palsu tersebut. Dalam hal ini Nabi saw pernah memberi peringatan dengan sabda Baginda : “Sesiapa yang berdusta ke atasku maka dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih). Salah seorang tabi’in iaitu Muhammad bin Sirin rhm telah memberi peringatan sepertimana yang telah dinukilkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya dengan berkata: “Sesungguhnya ilmu ini ialah urusan agama, maka lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu.”

Kesimpulannya akal memainkan peranan penting dalam memahami syariat Islam. Dengan adanya akal yang waras segala hukum mampu difahami oleh umat Islam. Namun akal yang dikurniakan itu perlulah selari dengan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah tanpa sebarang pertikaian. Sesungguhnya tidak salah untuk mencari hikmah-hikmah di sebalik intipati al-Quran dan al-Sunnah tetapi untuk melangkaui batas-batas al-Quran dan al-Sunnah merupakan perkara yang dilarang dalam Islam.

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia

MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:

1. Prinsip Amanah

al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…” (al-Nisa (4): 58).

al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari)

2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan

“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil….” (al-Nisa (4): 58)

Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakansesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);

3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)

Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah)

4. Prinsip Islah

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)

Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendek kata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun.

Dari Kami

Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)
Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)
Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)
Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

Ahli Jawatankuasa

Dr Maszlee Malik
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Dr Mohd Sukki Othman
Ustaz Mohd Asyraf Mohd Ridzuan
Ustaz Fauwaz Fadzil
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Ustaz Mohd Aizam Mas’od
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim
Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin
Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang
Xifu Abdul Naser Abdul Rahman

13 April 2013murshid

Perbuatan bentuk Keimanan

Kepentingan berada di atas jalan kebenaran. Tiga perkara asas ialah keyakinan dalam hati, hadir dalam tutur kata dan amal syariat Islam

Sesungguhnya Islam menggalakkan umatnya untuk berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran yang dimaksudkan  meliputi pelbagai keadaan sama ada dengan hati, percakapan mahupun tindakan. Malah kita disuruh oleh Allah swt untuk memohon ditunjukkan jalan kebenaran iaitu jalan mereka yang berjaya di sisi Allah swt dan beroleh nikmat daripada-Nya.

Nikmat yang cukup besar bagi manusia apabila dia berada dalam cara hidup Islam. Hal ini bertepatan dengan firman Allah swt dalam Surah al-Fatihah ayat 6-7: “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus (benar), iaitu jalan-jalan yang Engkau berikan kepada mereka nikmat-nikmat dan bukanlah jalan mereka yang dibenci dan juga bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah, ayat 6-7)

Menjauhi Unsur-unsur Syirik Dalam Kehidupan

Syirik adalah dosa besar, perlukan taubat nasuha untuk mendapatkan keampunan Allah

Sesungguhnya manusia diperintahkan oleh Allah swt agar manyembahNya dengan penuh keikhlasan dan meninggalkan segala perkara yang membawa kepada perkara-perkara syirik. Syirik bermaksud menyekutukan Allah swt dengan makhluk-makhluk lain dalam urusan ibadah. Dalam kata lain menyembah Allah dan pada masa yang sama menyembah selain daripada-Nya.

Firman Allah swt : (maksudnya) “Sesungguhnya Luqman berkata kepada anaknya ; Janganlan kamu mensyirikkan Allah sesungguhnya syirik itu merupakan suatu kezaliman yang amat besar”. (Surah Luqman: 13).

Zalim bermaksud meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempat yang sepatutnya. Dalam ayat ini Allah swt menggambarkan kepada kita bahawa melakukan syirik itu merupakan suatu kezaliman kerana seseorang yang mensyirikkan Alllah swt memesongkan pengabdiannya kepada kuasa-kuasa lain selain daripada Allah swt.

Membuktikan Cinta Sebenar Kepada Rasulullah

La tarfa'uu

Firman Allah swt : “Sesungguhnya pada diri Rasulallah terdapatnya contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan (keredhaan) daripada Allah swt dan kebaikan pada hari akhirat”. (Surah al-Ahzab:21). Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan tentang keindahan akhlak Nabi saw. Malahan setiap muslim dituntut untuk mengikuti segala sifat dan akhlak mulia yang terdapat pada peribadi Baginda saw.

Antara faktor utama Nabi saw diutuskan adalah untuk menunjukkan akhlak yang mulia kepada sekalian manusia untuk dijadikan contoh utama. Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya aku diutuskan dengan tujuan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Direkodkan oleh Ibnu ‘Abd al-Bar dan dinilai sahih oleh al-Albaniy).

Rasulullah saw

Sesungguhnya rasa cinta kepada Allah swt tidak lengkap jika kita tidak menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ikutan utama dalam kehidupan. Allah swt telah berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu semua mencintai Allah maka ikutlah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah swt akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Ali Imran :31).

Inilah syarat utama yang Allah swt letakkan kepada kita dalam mencintaiNya iaitu perlulah mengikut arahan dan teladan yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.Jika kita tidak mengambil Rasulallah saw sebagai ikutan maka cacatlah cinta kita kepada Allah swt. Dalam ayat yang lain Allah swt juga telah berfirman: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah al-Hasyr: 7).

Sabar ujian tingkatkan keimanan

ahasibannaasu-ayyutrakuu

Sabar berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud mengawal. Secara istilahnya pula sabar didefinisikan sebagai mengawal diri daripada melakukan sesuatu perkara. Contoh sifat sabar adalah ketikamana seseorang itu mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu perkara yang diharamkan oleh Allah swt.

Antara contoh mereka yang tinggi kesabarannya adalah para rasul yang digelar sebagai Ulul Azmi. Mereka ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Mus, Nabi Isa dan Nabi Muhammad ‘alahimussolaatu wassalam. Dalam al-Quran, Allah swt telah berfirman :

“Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).

Para Rasul Ulul Azmi ini adalah mereka yang gigih mengajak manusia untuk taat memperhambakan diri kepada Allah swt dan meninggalkan segala bentuk syirik atau sekutu kepada Allah swt. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka adalah golongan yang tinggi kesabaran ketikamana dakwah mereka ditentang oleh kaum manusia yang tidak beriman kepada Allah swt.

Pendidikan Al-Quran kepada Remaja pada Musim Cuti Persekolahan

al-quran-dan-remaja

Oleh
Muhammad Asyraf

Remaja perlu manfaatkan cuti sekolah dengan mendalami al-Quran, perbaiki bacaan dan seumpamanya

Apabila masuknya musim cuti persekolahan, ibubapa dan para remaja akan memikirkan aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan bagi memenuhi waktu terluang. Pelbagai perancangan dan tentatif diaturkan bagi mengelakkan para remaja meluangkan masa dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah di sampng mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam aktiviti sosial yang boleh merosakkan moral dan juga akhlak. Antara aktiviti yang dilihat mampu memberikan faedah kepada kehidupan dan juga jiwa para remaja pada musim cuti persekolahan ini adalah dengan menghadiri kelas-kelas pengajian al-Quran.

               Antara faedah yang paling utama dengan menghantar para remaja  ke kelas-kelas pengajian al-Quran ialah diharapkan ianya mampu memelihara diri mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang tidak baik dan mampu mengundang dosa dalam kehidupan mereka. Apabila mereka disibukkan dengan membaca ayat-ayat Allah swt, maka secara tidak langsung akan menyebabkan mereka terpelihara daripada penyakit-penyakit hati disebabkan kekosongan daripada mengingati Allah swt.

Akhlak Mulia dalam Berfesyen

Bersama
Muhammad Asyraf

Berfesyen hendaklah mengikut syariat

Sabda Nabi saw : ” Sesungguhnya aku diutuskan  untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr dan dinilai sahih oleh al-Albani). Hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Nabi saw diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Penyempurnaan akhlak ini adalah melalui contoh dan teladan mulia yang ditunjukkan oleh Baginda kepada umatnya atau disebut sebagai qudwah hasanah. Dalam hal ini Allah swt telah berfirman : “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulallah itu peribadi yang mulia”. (al-Ahzab:21). Antara akhlak-akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw adalah dengan menjaga penampilan diri Baginda di hadapan khalayak ramai. Hal ini termasuklah bagaimana ‘fesyen baginda’ ketika berpakaian.

Perlu pilih fesyen yang bersesuaian untuk dipakai sehari-hari agar tidak bertentangan dengan syariat. – Gambar hiasan

Adakah salah untuk kita berfesyen? Sesungguhnya Islam tidak melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNya yang menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah swt menyukai sesuatu perkara yang cantik dan indah.

Larangan Menyerupai Gaya Hidup Orang Bukan Islam

Oleh
Muhammad Asyraf

Hidup remaja makin tersasar ajaran syariat

Islam adalah agama dan juga cara hidup yang diturunkan oleh Allah swt kepada sekalian manusia melalui pesuruh dan juga rasulNya iaitu Nabi Muhammad saw. Risalah yang dibawa oleh Baginda saw adalah risalah terakhir dan hanya agama Islam sahaja yang diterima dan diiktiraf oleh Allah swt sebagai anutan dan pegangan seluruh umat manusia tidak kira bangsa, darjat mahupun keturunan.

Dalam hal ini Allah swt telah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 85: “Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima daripadanya dan pada hari akhirat dia termasuk di kalangan orang-orang yang rugi”. Firman Allah swt dalam Surah al-Maidah ayat 3 : “Pada hari ini (hari Arafah) telah Aku sempurnakan agama kamu (Islam) dan telah Aku cukupkan bagi kamu nikmat-nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama kamu semua”.

Daripada kedua-dua ayat ini maka dengan jelas difahami bahawa hanya agama Islam yang diterima oleh Allah swt sebagai panduan manusia dan sesungguhnya agama Islam merupakan agama yang lengkap tidak perlu kepada sebarang penambahan yang ditegah dalam agama sama ada penambahan tersebut berlaku dalam konteks perlaksanaan ibadah tertentu mahupun yang berkaitan dengan pegangan dan juga ideologi pemikiran.

Bukan Apa Yang Dilihat, Tetapi Bagaimana Melihatnya

bukan-apa-yang-dilihat

Sistem nilai diri menentukan sama ada mata kita mata lebah atau mata lalat

Seorang nyonya tua melintas jalan memikul bakul yang penuh dengan ubi kayu. Badannya bongkok terserlah beban beratnya ubi kayu yang dipikul. Berseorangan tanpa berteman. Mengusap peluh yang mengalir laju dari dahi yang berkedut.

“Kesian aku tengok nyonya tu. Dah tua pun masih buat kerja berat lagi. Mana pergi anak dia. Tak patut betul anak dia biar ibunya buat kerja teruk macam ni,” ujar Ehsan kepada Taufiq.

“Itu pandangan mata kau. Tapi pada mata aku. Ada suatu yang kita perlu belajar daripada hidup nyonya tu. Walaupun dia dah tua, tetapi sikap dia yang tidak meminta-minta kepada orang lain.

Mungkin itu yang diajar oleh masyarakat Cina.