Category Archives: Sosial

Romantik Itu Sunnah Nabi

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati…mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalautak percaya..cubalah kahwin..hehehe..

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Menolak Dakwaan Islam Tersebar Melalui Pedang

Ada beberapa argumentasi dari sebahagian pihak yang tidak bersetuju dengan Islam, telah memberi gelaran yang negatif kepada umat Islam itu sendiri tanpa memisahkan antara ajaran agama dan amalan agama. Ajaran agama itu suatu yang bersifat benar jika dinilai pada tekstualnya. Sedangkan amalan agama terkadang ianya sendiri melanggar ajaran agama yang telah ditetapkan.

Gelaran ‘pengganas’, fundamentalis’ dan sebagainya sebenarnya memberi kesan buruk kepada umat Islam seluruh dunia. Dakwaan bahawa penyebaran Islam selama ini secara logiknya tersebar melalui mata pedang dan peperangan adalah dakwaan yang bersifat tidak adil.

Islam berasal daripada kata akar ‘salam’ yang bererti damai. Selain itu juga bererti penyerahan kehendak seseorang kepada Allah. Dengan demikian Islam adalah agama kedamaian. Tidak semua orang di dunia mendukung pemeliharaan kedamaian dan harmoni. Walaupun terkadang kekerasan harus juga digunakan untuk memelihara kedamaian.

Apabila dakwaan berkenaan ‘Islam tersebar dari mata pedang’ tersebar,

Saya Bersama Dr ‘Love’

Orang cakap, kalau tidak dapat doktor perubatan, dapat doktor falsafah pun jadilah. Namun dalam menjadi doktor falsafah nih, ada ke tidaknya doktor ‘love’?

Semenjak menjadi Imam Muda, saya bertemu dengan ramai pesakit. Kebanyakannya pesakit yang tidak memerlukan beratur di farmasi yang panjang. Namun cukup sekadar lidah bercakap, mata memandang, idea dilontarkan. Ia tidak lain ialah pesakit hati. Namun dalam ramai-ramai yang memerlukan rawatan hati, kebanyakannya suka kepada rawatan hati berbentuk cinta. Sudah semestinya cinta itu datangnya dari hati.

Ada yang mengadu perangai ‘pakwe’, BF atau nama pertaniannya ‘balak’ masing-masing. Ada juga yang sudah berumahtangga yang meminta pandangan dari sudut konflik rumahtangga. Walaupun saya baru setahun berumahtangga namun ianya suatu yang positif kerana mematangkan saya.

Namun, amat jarang dari seorang lelaki yang suka bertanya masalah ‘couple’ dan kisah cintanya kepada saya. Saya juga lelaki. Saya sangat memahami mengapa lelaki jarang bercerita tentang cintanya. Bila ditanya, adakah lelaki sedih bila gagal bercinta. Jawapannya mudah. “Ada aku kesah!!”

Pluralisme : Islam Tidak Sombong

Kejayaan Filem Mualaf hasil kerja Allahyarham Yasmin Ahmad dalam Anugerah Skrin baru-baru ini sememangnya bertepatan bagi pandangan saya. Kerja seni yang cukup halus yang dihasilkan sepatutnya mendapat pengiktirafan. Ini komen saya dari aspek kerja seni. Teringat suatu ketika heboh orang ramai mempertikaikan elemen ‘pluralisme’ yang terdapat di dalam filem tersebut. Bagi orang yang mempunyai fikrah agama, ada sebahagiannya mengkritik dengan keras. Saya selaku pemerhati terus memerhati. Cumanya saya agak terkilan apabila kita asyik menjadi kelompok pengkritik daripada menjadi kelompok pencetus. Malah apabila ada sebahagian orang agama yang baru selangkah menceburi bidang lakonan juga turut dikritik. Bagaimana kita mampu menghasilkan filem bertema Islami andai kita terus sedap diulit mimpi indah di atas ‘empuk’ kerusi pengkritik.

Komen berkenaan filem Muallaf bukan tugas saya dan bukan kepakaran saya. Cumanya kejayaan filem ini sedikit sebanyak membuatkan saya terfikir kepada isu yang baru-baru ini mendapat perhatian di muka hadapan surat khabar. Iaitu bagaimana kerajaan mengambil penting soal akidah umat dari terus terpengaruh dengan idea pluralis. Alhamdulillah. Sepatutnya bukan setakat pluralisme sahaja menjadi masalah akidah umat. Sekularisme, sosialisme, hedonisme dan banyak lagi isme-isme yang menghantui pemikiran umat di Malaysia.

Biarkan isu itu.

Kuliah Agama di Shopping Complex

“Ustaz…kami minat la dengan Imam Muda. Dari minggu pertama sampai final kami sentiasa support program Imam Muda!!” Semangat laungan seorang ‘brader’ ketika menyapa di Mid Valley minggu lepas. “Betol ker? Bagus-bagus, kami memang dok pakat-pakat cari geng muda,” jawab saya. “Teringin sangat nak sembang-sembang dengan ustaz” kata ‘brader’ tersebut. “Saya tak solat Asar lagi nih..jom kita ke surau sekali. Boleh kita sembang panjang lagi” ajak saya. “He..he..seganla ustaz…takpe-takpe. Ustaz gi dulu nanti kitaorang follow…” mengelak bak seorang bayi brader tadi. “Ok..jangan lupa solat tau…’I follow’!!..” saya menjerit dari jauh bak Salleh Yaakob dalam Radio Sinar.fm.