Monthly Archives: October 2010

Generasi Sekarang Tidak Solat

Hari ini dalam kemurungan.

Sari berita penting…

-gambar hiasan-

Sedih sekali apabila kita melihat generasi masa depan kita tidak sujud kepada penciptanya. Sebenarnya isu inilah yang lebih bahaya bagi Umat Islam di bumi Malaysia daripada isu dadah, ‘mat rempit’, gejala sosial dan sebagainya. Kerana solatlah punca segala masalah tersebut.

Khabar Haji Musim Kedua Tampil Imam Muda Aran, Azhar & Asyraf

mStar Online

Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar (dua dari kiri) bermesra dengan Imam Muda Asyraf (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Aran (kiri) dan Azhar.

PETALING JAYA: Berdasarkan maklum balas yang amat positif pada tahun lalu, program Khabar Haji sekali lagi akan bersiaran untuk musim yang kedua pada tahun 1431 Hijrah ini.

Bermula 7 hingga 21 November ini, Khabar Haji akan ditayangkan setiap hari, pada jam 10 malam dari Arab Saudi di Astro Oasis (saluran 106) untuk memberi gambaran visual perjalanan haji pada tahun ini.

Daie

Konsep menyampaikan ilmu adalah ‘Dái’e memandaikan mad’unya’, bukan DAI’E MENUNJUKKAN KEPANDAIANNYA KEPADA MAD’U!

-gambar hiasan-

Ayuh kita mengutamakan orang yang didakwahi. Bukan kita mengutamakan diri kita sebagai sang pendakwah.

Bayangkan orang yang bakal menerima tunjuk ajar dakwah itu adalah ibu bapa kita, anak-anak kita, adik beradik kita, adakah kita akan menyatakan kepada mereka bahawa kami menyampaikan dan terpulang kepada anda mahu menuruti atau tidak? Atau kita setiap malam tidur tak lena memikirkan kaedah yang sesuai untuk mereka memahami dakwah kita?

Mahalnya Mahar Istiqamah

Kerinduan menyelubungi pemergian Ramadhan….di manakah perginya ungkapan Istiqamah…

Daripada Sufyan bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu mengatakan,

(maksudnya): “Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang Islam suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya lagi mengenainya kepada seorang pun selainmu.’ Baginda bersabda: Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah!” (Hadis riwayat Muslim)

Al-Qadhi Iyadh mengatakan bahawa, “Ini adalah salah satu (Jawami’al-Kalim) ucapan baginda Nabi saw yang ringkas tetapi padat.

Imam Muda Asyraf Tunai Haji

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
mStar Online

Asyraf bersama-sama isterinya, Nurhusna Yusof ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

PETALING JAYA: Juara Imam Muda, Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, bertolak ke Mekah untuk menunaikan haji pada Ahad, pukul 1.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menurut Asyraf, dia menunaikan haji atas tiket hadiah yang dimenanginya dalam program Imam Muda yang berakhir pada Julai lalu.

Susahnya ‘Integriti’…Perkataan ‘Taqwa’ Lebih Mudah

Ada orang yang amat sensitif dengan perkataan. Ada orang yang suka kepada perkataan bombastik. Namun kelihatan daripada ayat petikan hadis-hadis Nabi ianya mudah difahami. Penggunaan istilah yang mudah daripada lisan baginda membuatkan kita mudah memahami agama. Menakuti azab. Merindui syurga.

Namun kita tetap menghargai pihak-pihak yang mencari titik perubahan ke arah kebaikan dengan memperkayakan bahasa.

Integriti sudah banyak didefinisikan oleh ramai sarjana. Mereka berkata ianya ketelusan. Mereka mengungkap ianya amanah dan sebagainya. Perkataan ini mula dikenali dengan setelah kerja kuat kerajaan memperkenalkan institusi integriti dalam tugasan kerja kakitangannya.

Jangan Panggil ‘Mat Rempit’, Tapi Panggillah Pemuda Soleh di Jalanan

Tukar ‘Samseng Jalanan’ kepada Pemuda Soleh di Jalanan

Ada orang muda yang berminat nak mendengar ekzos motosikalnya bunyi macam ragam crazy frog. Ada juga yang suka lenggok ‘kona baring’ nya bak Paolo Rossi. Namun mendengar cemuhan dan panggilan ‘Samseng Jalanan’ memang merumitkan. Jom kita tukar dengan panggilan yang lebih ‘Wow’ lebih ‘Perghh dan lebih ‘sempoi’!

(maksudnya):Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di perolokkan) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan). – (Al-Hujurat,49: 11)

Allah SWT. melarang orang yang beriman agar mereka jangan memperolok-olokkan orang lain, apakah disebabkan oleh pakaiannya, badannya, rupanya, gelarannya ataupun atas sebab-sebab yang lain. ]alam ayat tersebut Allah SWT memberi ‘illat (sebab), iaitu barangkali orang yang diperolok-olokkan dan dianggap rendah itu lebih ikhlas dan lebih mulia hatinya serta lebih taqwa kepada-Nya.

180 hafiz terima penghargaan

GEORGETOWN – Seramai 180 penghafaz al-Quran menerima RM500 dan sijil daripada Kerajaan Negeri, semalam, sebagai penghargaan atas kesungguhan dan ketekunan menghafaz 6,236 ayat suci itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri memberi pengiktirafan itu kerana menyedari bukan mudah untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitmen tinggi.

Beliau berkata, hanya insan berjiwa besar dan berkeperibadian mulia mampu melakukannya.

Menurutnya, pada masa kini, negara tidak terkecuali dalam menghadapi krisis moral yang amat membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja.

Indahnya Senyuman Orang Agama

Kempen Dakwah Dengan Senyuman

Saya terbaca buku karangan penulis terkenal Dale Carnegie yang berjudul ‘How To Win Friends and Influence People’. Kalau dalam bahasa Melayunya bertajuk ‘Bagaimana Hendak Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Seseorang’. Namun ada sesuatu yang menarik dapat dikongsi di sini adalah apabila beliau membincangkan tajuk berkenaan bagaimana mendapatkan tanggapan pertama yang baik.

Ada isu yang dibangkitkan menunjukkan kecantikan sesuatu terhasil daripada penulis yang sebenarnya lebih ‘Islam’ daripada Muslimnya penganut Islam khususnya di Malaysia. Tanggapan pertama yang dimaksudkan beliau ialah ‘senyuman’.