Monthly Archives: November 2010

Guru – Antara gaji dan daie

Teringat zaman bergelar seorang guru dulu. Walaupun dalam standardnya, saya di’title‘kan sebagai guru ‘tidak terlatih’, namun ia benar-benar mencabar bagi seorang anak muda yang masih manis darahnya…hehe…sekarang dah tak manis :-)

Penulis ketika mengunjungi sekolah yang pernah diajar ketika memegang title ‘guru tidak terlatih’

Teringat dialog sewaktu di kafeteria.

Wah…bersemangat ustaz Asyraf!’’ kata cikgu S.

Biasalah…nak mendidik anak bangsa,” jawabku seakan-akan jawaban orang politik bunyinya.

Khabar Haji musim kedua ke peringkat global

2010/11/10
Berita Harian

BERMULA minggu lalu sehingga 21 November, umat Islam seluruh dunia boleh menyaksikan program berita dan hal ehwal terutama berkaitan haji menerusi program Khabar Haji yang kini memasuki musim kedua.

Program yang disiarkan dalam bahasa Melayu itu ialah hasil kerjasama Astro Oasis dengan Iqraa TV yang berpusat di Arab Saudi. Ia bermakna, selain Malaysia, Khabar Haji juga boleh ditonton di negara Arab terbabit menerusi saluran berkenaan, selain daripada sebahagian Amerika Syarikat, Eropah dan Asia yang mendapat capaian satelit stesen ini.

Tok Bilal Seperti Bilal bin Rabah R.A.

Riuh di langit kelihatan burung-burung mula mencari kediaman. Di celahan bangunan yang usang. Di sebalik kesibukan masyarakat cina Pulau Pinang, kedengaran dari corong-corong masjid suara yang agak menyentuh hati. Itulah laungan yang mengisyaratkan masuknya waktu Maghrib.

IM Nuri melaungkan azan ketika Kemuncak Imam Muda – Gambar ihsan Demotix.Com

Suara azan yang menyumbat ke dalam lorong telingaku amat menyentuh. Laungan azan ini kalau diberi markah pada tajwidnya mesti tak lulus. Suara alunan dari surau nan di cerok-cerok bangunan cina lama. Masjid usang yang sudah lama dilaungkan azan. Di celahan Chulia Street Penang yang penuh dengan pub-pub, bar dan mungkin terselindung di sebaliknya pusat pelacuran. Sayu-sayu kedengaran suara azan. Aku pasti, dari lenggok suara, harakat, jawabul jawab dan burdahnya, aku dapat mengagak suaranya muncul dari lidah muslim yang berketurunan India. Atau kita di sini memanggilnya ‘mamak’ atau ‘mapley’.