Monthly Archives: June 2011

Nota Kaki Dari Uzbekistan

Keletihan otot kaki cuba digagahi. Bagaimana mungkin saya tertewas dengan ketangkasan mereka yang lebih berusia dari saya. Kebanyakkan ahli rombongan yang jika dilihat dari sudut kulitnya menunjukkan mereka jauh lebih berusia dari saya. Namun pengalaman mereka yang luas. Menjelajahi dunia, mengambil iktibar dari setiapperistiwa. Membuatkan mereka seolah-olah pelari marathon yang sukar dikejar. Walaupun suhu cuaca di Uzbekistan mencecah 43 darjah kepanasan.

Negara Imam Bukhari ini mengandungi sejuta sejarah. Terkenal dengan panggilan 3M. Masjid, Makam dan Madrasah. Terdapat ratusan binaan yang bersejarah. Ada yang masih kekal dan ada yang dibina semula. Inilah peninggalan para ulama terkenal dunia, samada dalam bidang agama mahupun bidang sains.

Namun beberapa catatan mata hati yang ingin dikongsi untuk dijadikan iktibar bersama.


Menolak Dakwaan Islam Tersebar Melalui Pedang

Ada beberapa argumentasi dari sebahagian pihak yang tidak bersetuju dengan Islam, telah memberi gelaran yang negatif kepada umat Islam itu sendiri tanpa memisahkan antara ajaran agama dan amalan agama. Ajaran agama itu suatu yang bersifat benar jika dinilai pada tekstualnya. Sedangkan amalan agama terkadang ianya sendiri melanggar ajaran agama yang telah ditetapkan.

Gelaran ‘pengganas’, fundamentalis’ dan sebagainya sebenarnya memberi kesan buruk kepada umat Islam seluruh dunia. Dakwaan bahawa penyebaran Islam selama ini secara logiknya tersebar melalui mata pedang dan peperangan adalah dakwaan yang bersifat tidak adil.

Islam berasal daripada kata akar ‘salam’ yang bererti damai. Selain itu juga bererti penyerahan kehendak seseorang kepada Allah. Dengan demikian Islam adalah agama kedamaian. Tidak semua orang di dunia mendukung pemeliharaan kedamaian dan harmoni. Walaupun terkadang kekerasan harus juga digunakan untuk memelihara kedamaian.

Apabila dakwaan berkenaan ‘Islam tersebar dari mata pedang’ tersebar,

‘Negara Berkebajikan’ : Islam Bukan Hanya Jenama

Saya pernah mendapat kritikan. Saya juga pernah diserang di Facebook. Saya juga pernah disoal dalam sesi ceramah. Isunya tidak lain. Ianya soalan yang saya kategorikan daripada kelompok yang ‘bersemangat’. Namun bukanlah kita ingin memecahkan berlian semangat yang bersinar tersebut. Ianya lebih indah jika difahami satu perjalanan dalam mana-mana insan yang sedang tercari-cari jalan untuk melebarkan semangat mereka.

Perkara persoalan ‘Negara Islam’ ini sering diajukan kepada saya malah ramai ustaz-ustaz yang turut menghadapi perkara yang sama. Mungkin juga gelaran dan label yang tidak sepatutnya digelar kepada para asatizah hanya kerana kesangsian tanpa ilmu. Ada yang digelar ‘Tidak berprinsip’. Ada juga dilabel ‘Ustaz parti itu dan ini’. Kadang-kadang ianya hadir dari seorang remaja muda yang baru sehari dua memahami isu ‘PERJUANGAN’ namun dilabelkan ustaz-ustaz (bukan saya) yang sudah kukuh strategi dakwah mereka. Namun saya pasti para ustaz tersebut mungkin ada caranya tersendiri. Kepada kelompok yang beralasan kononnya ‘tadarruj’ namun tidak pernah bercita-cita langsung itu, maka ianya berhak dipertikai. Namun bukan semua ber’tadarruj’ itu tidak bermatlamat.

Ada segelintir golongan yang sukar menerima hakikat konsep ‘tadarruj’ (berperingkat-peringkat) dalam pelaksanaan. Ada juga yang dengan ‘GAH’ nya menyerang dengan mendatangkan dalil yang pelbagai. Termasuk juga dengan semangat katanya ‘HUKUM TETAP HUKUM!!!’