Monthly Archives: March 2012
Asyraf (Imam Muda) Mula Dapat Kepercayaan Masyarakat
Oleh
WAHIDUZZAMAN
mStar Online (Jumaat Mac 30, 2012)

Asyraf
KUALA LUMPUR: Juara Imam Muda musim pertama, Asyraf berkata penglibatan kelompok pendakwah dalam dunia hiburan yang lebih komersial semakin mendapat respons daripada masyarakat.
Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 28, berkata trend pendakwah muda yang lebih mesra dan mudah didekati itu memberikan gambaran positif terhadap perkembangan dakwah Islam berbanding pendekatan konvensional sebelum ini.
“Saya akui melalui platform komersial sebegini ia sebenarnya membuka dimensi baru pada teknik dakwah.
“Pada awalnya, selepas menjuarai IM dua tahun lalu, saya bimbang juga jika ada pihak yang menganggap gabungan komersial dan dakwah tidak sesuai tapi alhamdulillah lama-kelamaan ia semakin diterima,” katanya.
Asyraf dan Hizbur Bimbing Calon Imam Muda 3
Oleh
WAHIDUZZAMAN
mStar Online (Selasa Mac 27, 2012)

Imam Muda Asyraf (kiri) dan Hizbur dipilih sebagai mentor kepada para peserta Imam Muda 3. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
KUALA LUMPUR: Program pencarian Imam Muda (IM) musim ketiga tampil dengan pembaharuan apabila memperkenalkan juara dan naib juara musim pertama, Asyraf dan Hizbur sebagai mursyid (mentor) kepada para peserta kali ini.
Penglibatan Asyraf dan Hizbur akan turut dibantu oleh 10 naqib (tenaga pengajar) yang terdiri daripada barisan peserta dua musim lepas iaitu Hassan, Nazrul, Fakrul, Azhar, Aran, Amar, Najdi, Nuri, Miril dan Adib.
Pasukan pembimbing musim terbaru ini masih lagi diketuai Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz yang bertindak selaku mudir (pengetua).
Mengulas mengenai pembaharuan itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pemilihan 12 alumni IM ini bertujuan untuk menjadikan proses bimbingan peserta musim ini lebih dekat dan realistik berdasarkan pengalaman sebenar mereka yang kini bergiat sebagai pendakwah muda.
Nilai Kemanusiaan terserlah dalam diri Rasulullah
Oleh
Muhammad Asyraf
Ruangan Agama Berita Harian (20/03/2012)
Sunnah, adab Nabi Muhammad patut dicontohi
Apabila diselingkap sirah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, maka kita mendapati ia jauh berbeza dengan agama lain. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam direkodkan sejarawan Islam dalam bentuk menceritakan nilai kemanusiaan.
Ia tidak digambarkan bersifat ketuhanan seperti penganut agama lain yang terkadang mengaitkan tokoh agama mereka dengan sifat ketuhanan. Islam tidak mengakui Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai anak tuhan.
Tetapi gambaran yang diberikan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam adalah bersifat secocok dengan manusia lain. Baginda juga tidur, makan, dan berkahwin. Ini semua tidak lain dan tidak bukan agar tiada alasan bagi umatnya untuk menyatakan sunnah Nabi itu sesuatu yang sukar dilakukan oleh manusia.
Ini termasuk sunnah yang tidak pernah dilupakan iaitu sunnah Nabi serta adabnya yang boleh ditiru iaitu ketika berada di dalam tandas. Ulama mengumpulkan tatacara serta adab yang boleh dikongsi oleh semua umat.
Aishiteru Pada Yang Merinduimu

Aishiteru
“Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat”.
Dendangan lagu di corong radio menyingkap sesuatu. Liriknya mengingatkan kisah cinta dari dua insan yang berjauhan. Walaupun jasad berpisah jauh, namun hati itu seolah terdetik ‘chemistry’ menyatakan cinta. Orang yang dilamun cinta bersama ‘couple’nya pasti pernah merasai. Bagaimana pula cinta kepada Rasulullah yang tidak pernah melupakan cintanya kepada kita?
Suatu ketika bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),” kata baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
Angau Hero Korea
“Siapakah selebriti kegilaan kamu semua?” Soalan saya kepada pelajar wanita yang menghadiri ceramah saya. Sengaja terdetik merehatkan minda. Dengan tiba-tiba suasana dewan menjadi gamat dengan bermacam-macam jawapan. “Artis Korea!!!” Jerit seorang pelajar sambil melompat bersemangat dari jauh. Terbukti aura artis Korea benar-benar menghantui remaja wanita di hadapan saya itu. Rupanya dia bukan bersendirian. Sokongan padu tidak terbelah bahagi hampir dari seluruh penghuni dewan.
-gambar hiasan-
Saya melihat kegilaan kepada artis Korea ini majoritinya lebih dikuasai oleh golongan wanita. Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan skrin komputer, namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita. Malah ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar artis Korea mereka di muka depan Facebook, Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah masing-masing. Hebatnya pukulan K-Pop dan yang sewaktu dengannya.
UMRAH & ZIARAH KE TIGA MASJID UTAMA (bersama IM Asyraf)
UMRAH & ZIARAH KE TIGA MASJID UTAMA DALAM ISLAM, UMRAH + ZIARAH JORDAN (AMMAN, PETRA, KARAK & MU’TAH) & JERUSALEM, JERICHO, HEBRON & BETHLEHM)
14 HARI 12 MALAM - BERSAMA JUARA IMAM MUDA MUSIM PERTAMA: MUHAMMAD ASYRAF MOHD RIDZUAN

“Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah untuk Allah” (Al-Baqarah : 196)
Firman Allah swt (maksudnya): “Masa Suci Allah Yang telah memperjalankan hambaNya dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat.” (Al-Isra’: 1)










