36 thoughts on “Solat Pakai Kasut?”

  • Salam… Thanks atas info nih. Bebaru ni ada solat kat masjid As Syakirin KLCC, ramai yg tak cukup ruang untuk masuk ke dalam masjid masa solat Jumaat. Tapi ada yg bersolat sambil berkasut. Pelik, tapi lepas baca entri ni, makin fahamlah.

  • siti

    salam.. macam mana pula dengan berwuduk? adakah berwuduk seperti biasa ( menggunakan air ) iaitu dibuka dahulu kasut, kemudian disarungkan semula untuk bersolat?

    • Mohd Dzulhamka

      Kalau kasutnya sesuai, kita boleh guna cara yang sama dengan berwudhuk menggunakan khuf kan Ust?

        • zakey

          salam.. khuf tu apa ust? mcm mana pula sekiranya memakai sarung tgn ketika solat.. situasi sekiranya di tempat sejuk seperti puncak gunung.

  • terima kasih ea..baru tahu yang ianya satu sunnah..:)

  • Pernah juga solat pakai kasut masa kem kat sekolah dulu. Tapi tak tahu pulak ianya sunnah. Dapat lagi ilmu baru hari ni. Thanks :)

  • macam pernah tengok saja gambar atas ni =)
    kebanyakan manusia suka menghukum tanpa mengkaji atau hadir.
    sebenarnya kem ni under mahasiswa.cuma yang hadir akan faham dan dapat penjelasan berkaitan solat pakai kasut di atas padang tersebut.apa pun semoga penjelasan demi penjelasan akan ada untuk mengelakkan fitnah.

    • Zul

      saya pun pernah tengok ni gambar :)
      apa2 pun pengalaman menjadi pengajaran

  • Assalamualaikum IM,kalau kalau kasut berjalan biasa yg berkemungkinan bernajis pun boleh dibawa solat ke?Mungkin dikira menanggung najis..huhu…mungkin ada ciri2 tertentu yg melayakan kasut boleh dibawa bersolat yg boleh IM kongsikan..

    • Boss

      kan ada tulis kat atas tu. Baca habis tak?? hehe

    • Assalamualaikum, saudara/i menusuk hati.

      Maaf, saya tumpang menyampuk. Saya memetik kembali petikan sebuah hadis yang dibawakan Imam Muda Asyraf tersebut,

      Jika salah seorang diantara kamu mendatangi masjid, maka tengklah kasutnya. Kemudian lihatlah, jika ada kotoran (najis) pada keduanya, maka gosok-gosokkanlah ke tanah, setelah itu solatlah dengan memakai keduanya”.

      Pendek kata jika kasut itu bernajis pada zahir deria kita, maka usahakanlah untuk menghilangkan najis tersebut, sama ada dengan membersihkannya ataupun mengesat-ngesatnya ke tanah. Setelah diyakini bersih iaitu tiada lagi terzahir najis tersebut, maka solatlah dengan tenang.

      Wallahua’lam, sila abaikan jawapan saya ini setelah Imam Muda Asyraf atau mana-mana ahli agama lain memberikan jawapan. Wassalam.

      • Kasut bernajis bukan setakat tak boleh masuk masjid…masuk kereta saya pun saya marah, hehehe

  • Zul

    saya pun pernah tengok ni gambar & semua orgnya pun saya kenal,,= )
    ini bukan kem solat,,cuma, orientasi yang perlu dilalui oleh peserta
    apa2 pun ia dapat difikirkan bersama,:)

  • Betul..lagipun tiada syarat sah/wajib dan rukun solat, kaki tidak boleh beralas …kan..

  • teringat kisah waktu dulu. pernah saya ditegur seorang sahabat. dia bertanya, mengapa saya tidak ikut berjemaah? lalu saya katakan bahawa telekung saya kotor. lalu dia menjawb, kotor, tapi tak najis kan? sya mengiakan. dan dia menambah, kotor tak menjadi penghalang,tapi najis yang menjdi pghalang. tpi bukn bermkna saya menggalakkan memakai pakaian ktor. smalah sperti kta di kem, bermain lumpur, tpi msih bleh di bwa smbhyg krna lmpur cuma ktor,tdak njis. tpi,klu lumpur tu najis, kira lain cterla plak. klu salah harap tgor.. yg benar itu dri Allah, dan yg lemah itu dri sya. hkiktnya, kdua2-nya dtg dri Allah..wallahualam,..

  • lanwm

    penjelasan yg baik!

  • Fazli

    Ustaz, saya ada soalan lanjutan dari cik siti di atas.

    Kalau kita menggunakan selain khuf iaitu kasut yang diperbuat dari PVC atau canvas dan lain-lain boleh ke digunakan utk berwudhuk tanpa membuka kasut tersebut? Seperti contoh but bola atau but askar atau but peladang dan sebagainya.

  • sebab itu jika tak tahu akan sesuatu hukum kena rajin-rajinkan diri menghadiri majlis ilmu..baru tak dikira fasiq..ke macam mane Ustaz?

  • Terima kasih atas penjelasan. Moga lebih banyak lagi info seperti ini dikongsi.

  • Adwa'

    Fazli,
    xada masalah untuk berwudhuk tanpa membuka kasut.
    but, kasut, malah stokin sekalipun boleh diapplikasikan dengan cara berwudhuk tanpa membuka kasut.
    hanya sapu air di bahagian atas kaki yang disarung kasut.

    berdasarkan info dari kawan kawan saudi. wallahu a’lam

  • rizuan

    sbnrnya solat smbil memakai kasut sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar di luar negara…tp sy tidak tahu bhwa itu merupakan sunnah Rasullulah…terima kasih ustaz…

  • safiyyah_93=)

    memang ada terfikir juga pasal perkara ni,terutama di luar masjid; semasa kita mahu bersolat & berdiri atas permukaan tanah/ragu-ragu kalau ada sesuatu yang kotor.mungkin selok-eloknya dengan memakai kasut.

  • baru tahu sunnah….

  • Syukran…walaupun sudah tahu,tapi cuma dengar macam itu je….tp sekarang dah ada nas-nasnya. Mohon dikongsikan.

  • saadah

    Assalamualaikum..ilmu yang sangat berguna..br tahu..nampak macam pelik tapi benar..klu dipikirkan klu kita solat kat padang dan xda sejadah..cuma kain kecil macamana dgn kaki kita yg besanya kita tak berkasut?mesti sakit..dan mungkin menimbulkan ketidak-khusyukan dlm solat…menurut pengalaman ana sendiri..pernah terlambat solat kat masjid masa solat hari raya..jd solat di luar dgn keadaan jalannya yg x brapa baik..nak pakai selipar..tapi ragu2..alhamdulillah skrg da tahu…syukran atas ilmu yg sangat bermanfaat.

  • bro mecha

    terima kasih IM…ilmu yg sangat berguna untuk dikongsikan…saya xpnah mengetahui pn sebelum nie yg solat memakai kasut tu adalah sunnah…tp selepas membaca artikel IM nie saya telah mendapat satu ilmu yg amat berguna…terima kasih bnyk2 IM atas ilmu yang dikongsikan ini….

  • syafiq

    Alhamdulillah. entri yang sangat bagus. bukan saja menerangkan berkenaan sunnah, tapi juga pentingnya membetulkan persepsi, mengajar umat Islam khususnya di Malaysia, bahawa solat bukan sekadar di rumah, masjid atau surau semata-mata. dan solat tidak hanya mesti ditunaikan jika adanya jubah, kain pelikat, kopiah, atau telekung semata-mata. seluruh bumi Allah ini ibarat hamparan sejarah kita, di mana-mana pun kita boleh solat dengan syarat tiada najis yang menjadi penghalang kita bersujud.
    Ustaz, mungkin untuk next entri ustaz boleh terangkan dengan lebih terperinci berkenaan khuf, sebagai lanjutan kepada entri ini, kerana ianya saling berkaitan. Alhamdulillah, berada di bumi UK memberikan saya peluang untuk lebih memahami berkenaan pemakaian khuf kerana ianya memang diaplikasikan di sini. akan tetapi, saya percaya di Malaysia, masih ramai yang tidak memahami atau mungkin tidak pernah mengetahui berkenaan kebolehan menggunakan khuf untuk bersolat.

  • awdadi

    Syukran….baru tau hukum sebenarnya sunnah..selama ni ada org kata tak boleh…alhamdulillah dah jumpa jwapan..

  • Assalamualaikum ustaz..bolhe tak saya copy post ni dekat blog saya?

  • Assalamualikum Ustaz.
    Izinkan sy jadikan sebahagian artikel ni sebagai rujukan utk entry blog saya. Kebtulan, tika mncari dalil2 dri al-quran dan Sunnah, saya terjumpa artikel ni. saya sertakan sekali link blog ustaz sebagai rujukan.

  • salam IM.. saya pun nak kongsi ilmu ni di blog & di FB yer.. Moga Allah merahmati IM.. syukran

  • Intan

    Boleh ke kita menggunakan khuf hanya sebagai alas kaki kerana khuf yang diguna tidak menutup buku lali dan jika boleh, perlu atau tidak disapukan air ke atasnya selepas mengambil wuduk yang sempurna.

  • rin

    Pergi travel oversea yg negara non muslim dgn pakai kasut/khuf memang mudah. Tak payah la buang kasut dan naik kaki atas sinki masa ambik wuduk sbb kat sana jarang ada surau/masjid. So ambil wuduk kat toilet la.just sapu jer kasut tu . Tak payah masuk kaki dlm sink.nanti org kapir pandang2. Orang arab dan orang muslim di negara sejuk biasa berkasut semasa solat sebab disana sejuk dan sunnah dari nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>