Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung

Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari. Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan High heel nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.

“Permisi Mas…di mana tempatnya Musalla orang solat?” Tanya salah seorang cewek kepada saya. Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.

“Oh..kapannya di sebelah sana..belakang parkir kereta” Saya menjawab berbahasa indonesia yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan jawapan saya. Bersama saya teman seorang mahasiswa di salah sebuah Universitas di Jakarta. Dia memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan di Malaysia. Tidak menjadi suatu mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke Surau dan memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa segan silu. Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..

Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu Program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu solat, saya dijemput mengimamkan solat. Dibelakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki memakai jubah kebanyakkannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk ke ruang makan, kebanyakkan si lelaki menanggalkan Jubah mereka dan mengenakan seluar pendek. Walaupun tidak semua. Namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!!..

Saya berkunjung Ke Time Square Kuala Lumpur. Tanah Airku. Ketika melalui surau di tingkat 8, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau. Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menkjubkan jawapan mereka. Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam Surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata. Saya tidak membawa telekung.Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning lusuh warnanya.

Sekali lagi berbagai persoalan yang timbul di benak saya. Saya masih mengambil yang postitif…MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!!…

Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.

Kehidupan masakini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan situasi kerja dan urusan harian m

embuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan budaya masa lampau.

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti suatu yang amat baik jika dilihat dari aspek kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk  badan. Ini bersesuaian den

gan arahan Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan solat. Di dalam surah al-A’raaf ayat 31 yang bermaksud :

“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu ( memasuki ) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”

Menurut Syeikh Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.

Ibnu Hazm pula memahami maksud ‘perhiasan’ disini adalah menutup aurat

Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu disunnahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan Hari Raya. Juga disunnahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada perhiasan.

Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa takabbur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin bahawa sahabat Nabi SAW Tamim ad-Dari pernah membeli sebuah rida’ ( selendang atau serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.

Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini juga bersesuaian dengan kehendak sunnah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di dalam hadis marfu’, Rasulullah SAW bersabda :

“Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya.”

Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.

Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut telah disalah ertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek imu Islam yang sebenar.

Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah, tempat kerja dan sebagainya  dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.

Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada Negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita Muslimah di Negara barat. Muslimah di China, India mahupun Timur Tengah.

Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.

Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadapi Pencipa Yang Maha Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.

Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat, berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.

Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.

Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara perempuannya ( Ummu Habibah), “Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan ketika berhubungan dengan isterinya?” Ummu Habibah menjawab, “Ya, apabila Baginda tidak melihat sebarang kotoran di pakaian tersebut.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.

Ini bukan kempen ‘Tak pakai tudung takpa janji hati baik’. Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untukmemudahkan solat kepada setiap manusia.

Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hambaNya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.

 

100 Responses to Lelaki Solat Pakai Jeans, Wanita Tanpa Telekung

  1. nur akmal says:

    Salam ustaz…entri yg sgt m’beri informasi.
    Saya nak tanya…telekung bukan syarat sah solat.
    1. Jadi ciri-ciri pakaian yg mcm mana yg m’bolehkan kita menunaikan solat bg wanita?
    2. Jika pakaian yg dipakai tidak menutup aurat dgn sempurna spt tudung yg pendek, merujuk gambar di atas tudung dimasukkan ke dalam baju, adakah sah solatnya?

    • Waalaikumsalam…
      terima kasih diatas keprihatinan anda…

      Pakaian yang menjadi syarat sah dalam solat adalah menutup aurat. Dan menutup aurat itu terdapat etika dan juga syarat tersendiri.
      Antaranya ialah :
      Pakaian yg tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dsbg. Maksudnya disini siapa yang memakai pakaian yg menutup aurat maka selayaknya ia di kategorikan sbg layak solat dgn pakaian tersbut.

      Timbul kemusykilan dari pihak saudari berkenaan tdung pendek. Ayat al-Quran mengajar kita melabuhkan tdung hingga menutupi dada. Ada illah kenapa ianya disuruh utk dilabuhkan. “Untuk menutupi bentuk dadanya”

      Selagi mana apa gaya bentuk pakaian yang menutupi bentuk dada wanita maka ianya dikategorikan sbg menutup aurat. Bukan persoalan jenis tudung yang kita cari. Sebab dahulu ada org yang mempertikaikan erti melabuhkan tdung dan hanya dikhususkan kpd tudung labuh bulat. Namun hakikatnya tdung labuh yang tidak bulat( bentuk tiga segi ) juga boleh digunakan. Sebab ada juga tudung labuh bulat zaman sekarang yang jenis kainnya melekat di tubuh si pemakai. Hingga ianya menampakkan bentuk buah dada si pemakai. Nampak macam ok sebab ‘titlenya’ tdung labuh bulat. Namun ianya tidak menepati syrat.

      Begitu juga ada sebahagian wanita kini yang memasukkan tdungnya kedalam jaket, sweater dll…Adakah ianya dikategorikan sebagai tidak memakai tudung labuh?….jawapannya, sekiranya jaket atau sweater, kot dll yang dipakai sudah lebar dan longgar tiada masalah. Maka sebab asal menutup dada itu sudah menepati syaratnya.

      Jadi gambar diatas jika diperhatikan pakaian yang dipakai agak longgar dan layak untuk digunakan sewaktu solat…Namun sekiranya terdapat pakaian yg lebih sesuai menurut pndangan saudari spt tudung labuh, itu lebih baik.

      Terima kasih saudari…saya berkempen untuk memudahkan solat. Sebab rata-rata diklangn kita tlalu abaikan solat…Belum sampai masanya sy kempen kearah masyarakat pakaian sunnah. Kerana pembaca saya pelbagai latar belakang agamanya. Semoga anda memahami…InsyaAllah, suatu hari kelak Allah lebih merahmati kita.

      • nur dina says:

        salam ustaz,,tumpang tanya..maksudnya klo pakai baju kurung dgn tudung saiz L (fesyen skrg ni) blh la kan ustaz..mohon penjelasan kerana sy mmg mushkil bab tudung ni..thanks ya ustaz

        • jenis tudung itu bukanlah syaratnya…tetapi yang menjadi syarat nya ialah mnutup dada…kalau saiz besar kira ok la..bagi org yg besar, kalau size L masih belum mencukupi maka ttp tak boleh…sy tak tahu bzakan size tdung…sebb sy pakai kepiah bukn tudung…hejheh

      • Rahabiah says:

        Asyraf.. tahniah atas penulisan.. Tapi respons atas soalan ni salah.. Syarat-syarat aurat yg disebutkan (tak ketat dsb tu) merujuk aurat dgn bukan mahram etc.

        Adapun aurat utk solat, tidak disyaratkan begitu. Yang disyaratkan adalah tutup hingga tak nampak warna kulit. Itu sahaja. jadi pakai stokin boleh walaupun ia ketat dan menampakkan bentuk kaki dan jari-jarinya.

        Harap Asyraf dapat rujuk dulu Ustaz yg faqih sebelum jawap soalan2 begini ya.. Anyway tahniah..

        • Salam…terima kasih diatas respon ustazah..alhamdulillah…artikel ini merupakan artikel yg telah dipaparkan pada hari selasa dalam kolum surat khabar Berita Harian…Alhamdulillah, setiap penulisan yg dikeluarkan telah saya dapatkan respon dan dhawabit dari para asatizah terlebih dahulu, termasuk bebrapa pensyarah di jabatan Fiqh dan Usul Univ Malaya…

          1 ) Isu stokin dan menampakkan bentuk jari kaki itu suatu yg berasingan dalam kes ‘tak ketat’…kerana stokin yg menampakkan bentuk jari itu berbeza dengan baju yang menampakkan bentuk buah dada…maka pakai stokin mmg dimaafkan walaupun ianya ketat..wallahua’lam

          2 ) Jika ianya dinamakan ‘telekung’ versi kebiasaan yang dipanggil telekung oleh masyarakat Muslim di nusantara, maka bagi saya ianya bukan berasal dari Mazhab Syafie..cumanya di dalam mazhab Syafie menetapkan tatacara pakaian tanpa mengkhususkan ‘jenis’ pakaian tersbut…Adapun jika merujuk kepda bebrapa pandangan Ulama mazhab Syafie’ Seperti Ibn Hajar al-Asqalani juga walaupun ianya bukan daripada kalangan Fuqaha’, menyatakan bahawa mewajibkan baju kurung dan kerudung…namun bukan istilah (baju kurung dan kerudung) yang difahami…tetapi kenyataan Ibn Hajar al-Asqalani itu bermaksud pakaian yg luas dan menutup aurat…ini dapat dilihat apabila ianya mengambil pendapat dari Ibn Munzir yang berkata “Yang dimaksudkan adalah menutup badan dan kepalanya. Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan lebihan kain itu, maka hal itu diperbolehkan”…..rujuk Fath al-Bari kitab as-salat…wallhua’lam

          boleh kita kongsi bersama kitab mazhab syafie yang dirujuk oleh anda sebagai perkongsian bersama? dan namakan kitab tersebut utk sy jadikan rujukan….boleh jadi kitab mazhab syafie rujukan saya tidak terdapat pemahaman ‘telekung’…boleh jadi kitab mazhab syafie yg lain mungkin terdapat padanya…elok jika dikongsi..jazakallah..

          Namun ini sebahagian pandangan yang baik juga untuk dikoreksi…sy juga masih bergantung kepada komen2 ilmiah dari anda semua…jazakallah…semoga Allah membalas jasa anda..

          Berkenaan dengan isu telekung di Yaman dan Mesir…maafkan saya jika saya tidak pernah kesana…anda mungkin lebih arif ttg hal disana…saya cuma merujuk kepada rakan2 saya yang belajar di Universiti al-Iman Sana’a dan ada juga di Darul Mustafa hadramaut yaman…juga mereka di Mesir…namun ternyata mereka tidak mengkhabarkan kepada saya berkenaan budaya ‘telekung’ ini…mungkin mereka belum secara teliti menjenguk keadaan sebenar bahawa masyarakat di Mesir dan Yaman memakai telekung…semoga Input dari anda menambahkan lagi warna pemikiran saya…jazakallah…

          • suzilawati says:

            Assalamualaikum…. ustaz, macam mana kalau kita pakai telekung/baju (lelaki) yang ada corak yang macam-macam seperti corak keji (lambang syaitan, salib dan sebagainya) yang menjadi kebanggaan muda mudi sekarang? Adakah solat kita sah?

    • Leokid says:

      Setuju dengan artikel ustaz Asyraf.

      Menutup aurat itu wajib, tidak kiralah ketika solat mahupun di luar rumah. Satu tips untuk mengetahui yang kita sudah tutup aurat dengan sempurna atau tidak, adalah dengan bertanyakan kepada diri kita : “Kalau aku pakai macam ni, boleh bawak masuk sembahyang tak?”

      Dengan cara itu automatik kita akan sedar, kalau solat pakai baju short-sleeve (perempuan) atau seluar pendek nampak kepala lutut (lelaki), solat kita jadi tak sah. Maka secara automatik kita tahu, pakaian kita tu tak menutup aurat, tak boleh keluar ke public berpakaian sedemikian.

      Bila kita beza-bezakan “aurat dalam sembahyang” dengan “aurat diluar sembahyang”, seolah-olah ada banyak jenis aurat lak. Hehe.

      Wallahua’lam, ustaz, perbetulkan kalau ada salah na. Wassalam.

      • shah says:

        diorang tu x paham gate logic sy kira la… klu kita campurkan ibadah dgn kemungkaran… bermakna mendatangkan kemurkaan Allah swt juga… klu sembahyang tapi kat luar buka aurat… bermakna sama lah dia menempah tiket ke neraka juga… diorang belum paham islam saya kira… pokoknya… klu nak sembayang tu kenal tuhan dulu barulah kita sembahyang…tu pasal negara diorang org islam macam buih dilautan, ramai je ble harap… yg murtad bukan main punya ramai… budak yg bg tau benda ni pun aku ingat dua kali lima je kot

    • alan says:

      kita pelik dgn pakaian org lain bersolat maka org lain itu pun boleh merasa pelik dgn pakaian kita. kalau lah kita di luar negara maka kitalah yang pelik..d;)

  2. AbuAqif says:

    imam.. gambar tu saff tak rapat.. tukar gambar lain la mam.. bagi gambar yg saff-nya rapat².. ^__^

  3. Rashidah Haron says:

    Saya pernah melihat seorang wanita tidak memakai telekung ketika solat. Dia memakai jubah dan juga sehelai tudung. Agak malang bagi nya kerana ketika dia sujud, seluruh tudungnya telah jatuh terkumpul dileher Dan menampakkan tengkuk beliau. Saya rasa wanita perlu berhati-hati, jika ingin bersolat tanpa telekung.

    • maaf menyampuk,
      mungkin wanita itu terlupa menggunakan pin, pinkan tudungnya bahagian belakang sekali dengan baju supaya ketika sujud tudung tidak jatuh melerek sehingga menampakkan tengkuk.

      Mudah sebenarnya, apabila wanita berpakaian baju kurung atau jubah serta bertudung yang memenuhi syariat, tidak perlu memakai telekung, jimat masa dan beg apabila pergi keluar ke mana-mana. Dan paling utama aurat wanita ketika di dalam dan di luar solat tidak ada bezanya.

      Sunnah AdDeen memudahkan pengamalnya, bukan mengambil mudah perintah dan larangan-NYA.Allahu’alam. Moga kita semua sentiasa dalam taufik dan hidayah Allah Azza wa Jalla.

      wasSalam~

      • Rashidah Haron says:

        Betul kata Ummu Sumayyah, jika mahu solat tanpa telekung, bahagian belakang sekali tudung perlu dipinkan ke baju.

  4. noor atikah says:

    syukran ustaz, mudah-mudahan artikel ini dapat menyedarkan mereka yg terlibat dan memberi pengetahuan kepada org lain yg nak berhujah..

  5. najwa says:

    thanks for sharing ustaz.. :))

    yup, islam itu mudah. kita je yang menyusahkan diri sendiri.

  6. Assalamualaikum ustaz, ;)

    terima kasih atas informasi berguna, cuma saya nak tny lelaki pun kdg2 pakai baju ketat, adakah ada limitasi untuk itu?

    p/s: Ustaz lepak Time Square? Lain kali ajak la, ustaz :)

  7. aslina says:

    alasan je tak bawak telekung, tanak solat, sebab tanak pakai telekung yang disediakan dalam surau. sekarang saya tengok kebanyakkan perempuan keluar bawak beg bergaya besar2 tu muat je kalo nak isi telekung. ada je telekung dalam bekas sekecil bekas pensel sekarang… laptop/netbook/barang mekap sebesar penuh dalam beg mampu pulak bawak usung ke sana-sini…

    jarang sekali saya jumpa perempuan yang keluar tanpa membawa handbag. fesyen handbag skang pun makin gempak2 banyak partition boleh letak macam2…tapi telekung???

    entah la. bukan apa… sekarang ni kan ramai yang keluar rumah dengan fesyen macam2… kebanyakkan pula pakaian jenis longgar yang sikit2 je dan masih nak nampak bentuk badan konon nak nampak ilusi kurus……. jadi tak sesuai sangat la rasanya masuk surau terus solat dengan pakaian tersebut. memang wajar pakai telekung pun… confident sikit tutup aurat seperti yang disyariatkan untuk menghadap Allah swt.

    saya rasa ustaz patut tambahkan sikit fakta yang kebanyakkan perempuan di sini abaikan solat adalah kerana taknak cuci mekap. dorang cakap menyusahkan. kalo tak mekap pegi keje/opis, boss dorang komplen cakap muka pucat macam berpenyakit plak… sudahnya nak maintain mekap, solat terabai.

    • noor says:

      salam..saya pn nak share sedikit..saya setuju sangat fakta aslina, “jaga makeup terus xsolat” kebanyakan wanita skarang menggunakan makeup..walaupn x 100% tp memakai bedak juga dikatakan berhias..dalam erti kata lain “makeup” dan tujuan ny 1..untuk nampak cantik dan berseri.. tapi sekarang kan banyak makeup water based yang senang dibasuh..penciptaan makeup water based ini sbenarny salah 1 taktik company makeup untuk meyakinkan pengguna dari kalangan wanita islam supaya mereka berfikir mudah untuk ditanggalkan atau di bersihkan ketika hendak menunaikan solat sekali gus dapat memenuhi khendak kerjaya y memerlukan mereka tampak berseri dgn bantuan makeup..xdinafikan pada zaman kini makeup di titik beratkan dalam semua kerjaya khususny bila kerjaya y melibatkan pengurusan manusia..skarang makeup water based dah ada..so xperlu lagi sebenarny timbul kata..’sy jg makeup’ lepas basuh n berwuduk kan bole di touch up semula..dan y senang sekali adalah mereka sebenarny Xmahu Solat! nak seribu daya..xnak seribu milion dalih..saya pn makeup juga disebabkan kerjaya menitik beratkan supaya tidak nampak wajah yang pucat,tp boleh sj dibasuh smasa wuduk n touch up semula..bahkan lebih naik seri slepas berwuduk!

  8. fazli says:

    salam ustaz..
    saya ada persoaln sedikit

    bgimna dgn pkian yg terkena minyk..
    adkah sah solt kita jika solat menggunakan pakaian tu jgk.
    sebab yg menjadi mushkil sya adalah rmi mengatakn minyk kotor n kalis air..itu menyebabkn xsah solat

    • minyak bukan najis…jika ia kalis air pun takdak maslaah…sebab wudhu hanya kena pada kulit badan…bkan wajib kena pada baju..mekanik yg kerja penuh dgn minyak di baju pun boleh solat dgn baju tu

    • Liya89 says:

      salamullah ‘alayk…
      maaf menyampuk ^_^
      setakat ilmu yg sy ada, kalo kite keje mekanik contohnya yg mmg bermain dgn minyak dll…time solat kalo dh basuh minyak/kotor tu xkuar jugak kire xpe..sbb mmg kejenya mcm tu..terus je amek wudhu’ n solat.
      mcm IM kata la, Islam tu tak memberatkan pn…
      Wallahu’alam..kalo slh mybe IM blh betolkn,,,

  9. eyra zyra says:

    salam ustaz, nak tanya, jika seorng perempuan itu mengenakan sebarang alat mekap dan dia hendak menunaikan solatnnya, adakah dia perlu membersihkan wajahnya sehingga benar2 bersih? dan apa akan jadi jika masih terdapat sisa mekap yng melekat diwajah?
    adakah sah solatnya? jika dia bersolek dn kemudian bersembahyng adakah sah solatnya?

  10. Abd Alim says:

    Di Jakarta memang banyak seperti itu, di mall perempuan2 pakai short skirt masuk musalla dan solat. Setuju dengan Imam Asyraf, alhamdulillah mereka masih menjaga solatnya.

    Memang budaya telekung itu ada baik-buruknya. Di budaya2 lain, misal Asia Selatan:India, Pakistan, kadang wanita-wanitanya memakai pakaian tradisional yang tak sempurna tutup aurat. Mereka pergi sembahyang tapi rambut masih terbuka. Di budaya Melayu ini, biar mereka berbaju pendek di depan umum tapi saat solat auratnya tertutup baik.

    Saya pernah membaca tips untuk berpakaian, seandainya kita tidak bisa solat dengan pakaian itu, jangan dipakai.

    Dari sisi lelaki, Muslim non-Melayu sering solat dengan seluar pendek (tentunya menutup lutut), sementara di budaya Melayu kita kenal kain sarung untuk menutup aurat. Pakai jeans memang menutup aurat tapi banyak jeans ketat sekarang, dan kadang punggung bisa terbuka saat sujud. Menurut saya memang jubah atau baju shalwar selutut itu sangat cocok untuk menutup aurat, tapi masih sulit diterima budaya sekitar.

    • Aimi says:

      AsSalam…Maaf sy dahulukan kerana tidak bersetuju dengan pandangan bahawa walau pn melakukan perkara mungkar tp dapat diselindungi perkara positif adalah bagus sebagai contoh mendedahkan aurat tp tak meninggalkan solat.Umat islam kini di cemuh kerana tidak mengikut sunnah dan ajaran islam yg benar…contoh jika seorang wanita melacurkan diri tetapi tidak pernah meninggalkan solat adakah itu bagus…pada pandangan orang kafir bahawa islam menggalakkan perbuatan keji dan sumbang walau didalam alquran telah melarangnya.sy amat berharap para umat islam kembali merujuk kepada sunnah dan alquran…

      • Tiada siapa yg menyatakan bagus mendedahkan aurat asalkan melakukan solat…namun entry sy cuma mencari sesuatu yg positif disitu sbelum sy mencari nilai negatif pada si pengamal..

        Dan tak menjadi isu disini, kerana ramai yg dah maklum pendapat ‘tak tutup aurat takpe asalkan hati baik’ adalah statement yg tidak betol..wallahua’lam..

  11. nik Z says:

    assalamua’laikum IM Asyraf,

    sya ingin brtnyakan dgn berlainan topik yg dbncangkan..
    apakah hukum mmakan ikan keli yg dipelihara dlam kolam perliharaan, dn makanan ikan keli itu dr bhan buangan ayam seperti perut,kepala dan ade juga bngkai ayam…apkh hukum mmkan ikan trsebut..dn bri lah nas2 yg ssuai…tq

  12. Minn says:

    Salam, ustaz,

    saya ada sedikit kemusykilan. Mungkin agak lari tajuk sedikit. Seorang ustazah ada membangkitkan isu, sah atau tidak orang yang solat memakai tudung labuh dengan jubah atau baju kurung?

    ada yang menjawab, sah la sebab dia tutup aurat.

    Ustazah jawab, kita jangan ikut mazhab lain, kita mazhab syafie. jangan buat mudah tentang solat ini, katanya.

    Hari itu, dia menegur seorang pelajar yang memakai seluar untuk bersolat, juga menegur pelajar yang memakai tudung labuh dan jubah untuk bersolat. (sedangkan aurat mereka telah sempurna ditutup)katanya, kenapa tak bawak telekung?

    katanya jika solat memakai seluar atau jubah, bentuk badan akan nampak ketika sujud dan rukuk (merujuk kepada perempuan lah).

    memandangkan dia ustazah, dia lebih masyi, jadi saya perlukan sumber2 yang lebih sahih lah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.

    mohon ustaz untuk membantu saya. syukran.

    • kalau pakai telekung pun akan nampak bentuk tubuh…jika bentuk yang dimaksudkan oleh ustazah demikian…senang cerita kena pakai kotak seluruh badan baru tak nampak bentuk tubuh…jika itu juga definisi nampak bentuk tubuh yg difahami oleh ustazah demikian…

      senang cerita jika bentuk aurat sempurna kira ok…ni bukan persoalan mazhab..ini persoalan sah atau tidak..bukan ssmestinya budaya di Malaysia itu seratus peratus Mazhab syafie..dan bukan semstinya amalan di luar sana bertentangan dengan kesahihan ibadah andai ianya bertentangan dengan mazhab Syafie…

      Telekung bukan dari mazhab Syafie…ramai negara bermazhab syafie tapi tak kenal apa itu telekung…

      • Minn says:

        syukran ust

      • nur dina says:

        bukankah ada tmpt khas untuk wanita bersolat..so x timbul isu nampak bentuk badan bl dia bersolat..bknnya solat kat tepi2 jalan..betul x ustaz?sori klo salah

        • habis tu boleh ke kita sembahyang bogel ketika dalam bilik sorang2…hehehe…

        • Liya89 says:

          Dina….kita solat sbb tunaikan hak ALLAH.
          bukan solat utk manusia..tak kira la org nmpk ke tak, tp ALLAH tetap nmpak amalan kita..(btol la apa yg IM kata tu..kalo kira org xnmpk, boleh la jwbnya solat xpakai telekung dlm blik yg ttup kn v_v)
          ~Just pemurnian cth yg IM bg~

          • Rahabiah says:

            Jawpaan Ustazah tu tak tepat. Dalam masa yg sama bagi saya, jawapan Asyraf juga tak tepat. Telekung bukan dari Mazhab Syafie??? Asyraf kena rajin buka kitab mazhab syafie lagi.

            Satu lagi kenyataan: “Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada Negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung.” Asyraf mungkin tak pernah lihat semua wanita di luar nusantara solat. So takleh nafikan tau.. Sebenarnya pemakaian telekung sangat famous bagi muslimat di Yaman dan Mesir. Yang ni akak tengok sendiri dengan mata kepala akak. So ayat Asyraf di atas kiranya tak tepat tau. Kita takleh nafikan kalau kita belum tengok semua..

  13. amatbdakbek says:

    Salam…mintak untuk share artikel ni…Syukran!

  14. salam says:

    salam imam.. apakah hukum Penggunaan nama ‘Jesus’ kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam’ dan nabi-nabi lain yang diinggeriskan?

  15. salam says:

    salam..imam maaf..1 lgi soalan… apakah hukum Perkataan ‘God’ menggantikan perkataan Allah?..

  16. izzaty says:

    saya rasa xde masalah penggunaan nama seperti jesus,moses,abraham dan lain2 kpd Nabi Isa,Musa,Ibrahim dan lain2 selagi kita tahu & faham bahawa jesus/Isa bukan tuhan tetapi adalah Nabi dan Rasul yg wajib kita percaya & beriman..=)

  17. fazilah asyifaq says:

    saya nak tanya sikit , penting sangat ,
    adakah cara pemakaian sanggul dikepala pada hijab berdosa ?
    apa pula hukum wanita yang pakai baju t-shirt pendek , tapi pakai inner ketat untuk menutupi lebihan tangan .
    saya nampak sanggul dan inner ni , dah menjadi trend wanita berhijab masa kini , saya nak tegur tapi masih jahil untuk berdakwah , juga tiada dalil yg tepat untuk saya kemukakan pada mereka .
    harap ustaz boleh bantu saya . arigato ustaz . syukran .

    • pemakaian sanggul itu adakah kerana ia memang rambut panjang?atau ia memang membeli kepala sanggul?…atau ia dengan sengaja menaikkan sanggul?…
      tak boleh menaikkan sanggul dengan sengaja…kecuali tidak dapat dielakkan…rasanya boleh dielakkan kot..

  18. asma' amin says:

    Artikel yang menarik, syukran Ust.

    Saya sendiri pernah ditanya oleh seorang makcik, sebaik sahaja selesai menunaikan solat dengan berpakaian tudung labuh, t-shirt labuh, di sebuah shopping complex.

    “Adik ni ikut mazhab mana ye??”

    Saya yang terpinga-pinga dengan soalan tu, jawab je la.

    “Mazhab syafie la kak..”

    “Habis tu, kenapa tak tutup tangan tu? Kita ni jangan ikut mazhab lain.. Diorang lain….” (dan panjang lagi la makcik ni cakap..)

    Disebabkan nak cepat masa tu, tidaklah sempat saya explain kat makcik tu. Lagipun makcik tu tak de gaya macam nak dengar pun kalau saya explain. Hu

  19. joepng says:

    teruk sgt ka islam kat malaysia nih?..aku rasa ok ja..korang tu ja yg lebih2 konon negara laen tu lg islam..

    • nur dina says:

      Teruk? Islam tu tak teruk..tapi kenapa awak rasa ORANG Islam di malaysia kita ni tak teruk?dan kenapa teruk? Saya rasa awak ada jawapannyakan dan kita kena tnya diri sendiri kita ni Islam pada MyKAD atau kita kenal Islam dengan baik? Solat yang jadi tiang agama kita cukupkah ditunaikan sehari-hari dan perintah Allah yg lain adakah kita patuh atau tidak? (contohnya bertudung bago wanita) kalau ada yg masih tak lengkap jawapannya maka ORANG/UMAT Islam tu teruklah. Sekadar berkongsi…

  20. insan dhoif says:

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya ada sedikit pertanyaan..

    1. Adakah sah solat bg orang perempuan yang memakai jeans ketat? Darsawarsa ini, saya melihat semakin ramai orang yang solat tanpa memakai telekung. Kebanyakan mereka boleh disifatkan meniru golongan yang bertudung labuh yang menunaikan solat tanpa meemakai telekung.

    2. Adakah sah solat jika tidak menutup dagu dalam mazhab Imam Syafie? syukran atas maklum balas yg dberikan..

  21. whiteprincess says:

    Assalamu3laikum ustaz,minta ustaz jelaskan tentang pemakaian stokin dlm solat.
    Saya cuma tertanya2 kerana stokin tu,mmg dicipta melekat pada kaki pemakai. Jadi,sejauh mana pemakaian stokin boleh menutup aurat?

    Syukron ustaz.

  22. anyyss says:

    ustaz,nak share artikel…
    jazakallah khairan kathiro… =)

  23. amnikhassim says:

    saya alami pengalaman yang menakjubkan semasa di India. Susahnya nak solat di sana… Tapi jika kita yakin, ALLAH pasti permudahkan. Insya ALLAH… Ni catatan pengalaman saya di sana.

    http://amnikhassim.com/2008/05/27/allah-itu-dekat-islam-yang-indah/

  24. Adi says:

    Assalamualaik Ustadz
    saya ada satu soalan: apa hukum memakai jeans dlm sembahyang atau tidak
    sembahyang, baik laki maupun perempuan. sebab ada beberapa institusi Islam yang melarang pemakaian seluar jeans. Syukran

    • ada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam melakukan solat dengan memakai seluar jeans..
      bagi diluar solat kepada lelaki ianya diharuskan..manakala bagi perempuan harus dengan bersyarat…antaranya ianya jelas tidak menampakkan bentuk dan ianya merupakan jeans yg sudah dikenali sebagai ‘jeans wanita’ bukan jeans bg lelaki…namun rata2 yg diperhatikan tiada langsung jeans yg dikategorikan ‘jeans wanita’ ini yang menepati syarat longgar dan tidak cutting yg sesuai dgn perempuan…maka agak sukar utk dibolehkan memakai jeans bagi wanita di zaman kini..namun jika terdapat sekalipun ianya mestilah dilabuhkan bajunya untuk menutupi bahagian pinggul dan bentuk peha wanita…namun wanita yg warak ianya akan terus meninggalkan pemakaian jeans…

      berkenaan dengan larangan pemakaian jeans bagi sesetengah institusi agama (bagi lelaki) adalah kerana ianya sebagai dasar melahirkan generasi agama yg berpakaian sopan dan jika lebih mudah dipanggil thiqah dalam karektor seorang ilmuan Islam…namun uruf semasa itu berbeza…kerana di sesetengah tempat itu, pemakaian jeans tidak lagi dianggap sebagai pakaian yg tidak sopan kpd orang agama. Maka ianya boleh dipakai..Sekiranya suatu kawasan itu masih lagi memandang serong kepada pemakaian jeans maka, seeloknya si pemakai (terutama bagi golongan agama) meninggalkannya kerana boleh menimbulkan fitnah…apapun, pandangan peribadi saya adalah ianya suatu yg biasa dan bukan pakaian yg pelik ataupun kurang sopan. Itu merujuk kepada jenis, warna, bentuk dll jeans berkenaan..wallahua’lam.

  25. geegee says:

    Salam Ustaz,sekiranya seseorang wanita itu bersolat dan memakai telekung namun dagu nya masih kelihatan,adakah sah solat nya?Ada kah dia dikira tidak menutup aurat dengan sempurna?Minta penjelasan Ustaz dan terima kasih.

  26. iKhwan says:

    Bismillahirrahmanirrahim…
    Assalamua’alaikum wbt…
    maaf jika ada kekurangan apa yang saya hendak katakan, kerana diri ini lemah hamba yang tiada apa2…

    Solat itu tiang agama, kalau nk cerucuk tiang, tapi tiada tanah, tidak boleh jgk nak cucuk, cucuk cmner p0wn pasti akan runtuh atau diruntuhkan, jadi carilah ‘tanah’ yg subur, semaikan, bajai ‘tanah’ itu dahulu, jangan main cucuk sahaja tanah itu.

    Solat ini bukan main2, pemakaian telekung itu 1 meth0d untuk penutupan aurat, ia bukan KETIKA IBADAH sahaja, malah setiap masa apabila mahu keluar rumah & sebagainya, wajib menutup AURAT.

    Seperti lelaki, jika memakai jeans, bukankah apabila sujud akan terlihat peha & *****nya yang ketat2 itu, jika jeans yg l0nggar pula pasti akan terjatuh sehingga menampakkan pusat pula.

    Solat ini sudah ada sejak 1400 tahun dahulu, mengapa tidak tahu akan ada waktu solat pula? sudah tahu akan ada waktu solat, WAJIB untuk sediakan diri bersolat!!!

    Meninggalkan solat dan melengahkan solat merupakan dua perkara yang sangat berbeza. Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja terdapat dua pandangan ulama’ :

    a. Ada ulama’ yang mengatakan tidak menjadi kufur secara mutlak, akan tetapi telah melakukan dosa besar, selama-mana dia masih menganggap solat itu wajib.

    b. Ada dikalangan ulama’ yang berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat telah dianggap sebagai terkeluar dari Islam. Sabda Nabi saw :-

    العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر
    “Batasan diantara kita dan mereka adalah SOLAT. Barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah kufur”
    [Hadith riwayat Imam Ahmad].

    Didalam bab melengahkan solat, perkara utama yang dibincangkan ulama’ adalah mereka yang melakukan solat diluar waktu solat tersebut. Ulama sepakat bahawa adalah HARAM bagi seseorang yang melewatkan solat sehingga habis waktu solat tersebut, tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’ [Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah,10/8].

    Setiap solat itu ditetapkan pada waktu-waktunya, firman Allah swt :-

    إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
    “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ”
    [An-Nisa' : 103]

    Sebab-sebab yang dibenarkan syara’ termasuklah seseorang iru melakukan jama’ takhir dengan kebenaran yang dibenarkan oleh syara’ dan akibat tertidur atau terlupa. Melenggahkan solat sehingga habis waktu solat tersebut juga boleh dikategorikan sebagai sengaja meninggalkan solat sebagai hukum diatas tadi.

    Solat diakhir waktu

    Akan tetapi, jika solat tersebut masih dilakukan pada waktunya dan tidak termasuk didalam waktu-waktu yang diharamkan bersolat, maka perbuatan tersebut tidaklah termasuk didalam bab meninggalkan atau melewatkan solat sehingga habis waktunya. Solat tersebut dibenarkan sebagaimana hadith Abu Musa al-Asy’ari ra. meriwayatkan bahawa ada seseorang datang kepada Nabi saw dan bertanyakan baginda mengenai waktu solat, dan baginda menjelaskan waktu AWAL dan waktu AKHIR solat, dan baginda bersabda :- “Waktunya adalah antara dua ini” (الْوَقْتُ بَيْنَ هَذَيْنِ )
    [Hadith Riwayat Muslim #614].

    Seseorang itu hendaklah tidak berterusan melakukan solat dihujung-hujung waktu, ditakuti ia termasuk didalam waktu-waktu haram melakukan solat. Contohnya melakukan solat Asar sewaktu matahari sudah kuning-kuningan.

    Melewatkan solat juga melibatkan seseorang itu melakukan perkara yang makruh atau sebahagian ulama’ mengatakan perkara yang haram, iaitu meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dengan persoalan ajal atau maut, yang tidak mungkin MAUT menunggu seseorang itu dari melakukan solat jika dia tidak menunaikannya pada awal waktu tersebut. Malaikat Maut mengunjungi kita setiap hari setiap 21 minit (70x sehari)

    Namun demikian, dibenarkan seseorang itu melewatkan solat dengan beberapa sebab-sebab yang dibenarkan syara’, misalnya, seseorang yang bermusafir yang mengetahui solat tersebut masih boleh dilakukan apabila kapal terbang mendarat. Didalam permasalahan ini lebih baik seseorang itu melakukan solat pada waktunya (walaupun sedikit lewat) dari menjama’kannya. Begitu juga menjadi sunnah melewatkan solat Isya’, termasuklah mengadakan majlis ilmu. Wallua’lam, illiqa’…(◡‿◡✿)

    IMA : ana rasa perlu k0wt nta beri 1 admin benar2 ustaz yg ley tlg jwb2 s0klan2 fiqh utk umat Nabi saw ini, ana rasa nta p0wn bz jgk kn, bukak 1 column utk soal jawab~

  27. KejoraApaApalah says:

    Alhamdulillah…terjawab segala persoalan.Sebelum ini…sy selalu berfikir,jika nak menghadap Allah…segalanya harus bersih dan sempurna…Setelah membaca hasil tulisan ustaz ni…Pemikiran sy berubah…Sememangnya Islam itu MUDAH…hanya pemikiran dan masyarakat saja yg selalu merumitkan keadaan…

    Soalan sy,pada seseorang yg tidak ingat atau tahu cara2 bacaan solat seperti doa iftitah,tahiyat awal&akhir…apakah masih sah solatnya?

  28. FM says:

    Assalamu’alaikum

    Ustaz, saya hendak bertanya mengenai telekung2 yg sgt2 cantik pada masa kini
    Saya selalu mendengar org ckp “takut nak pakai telekung yg cantik sgt, takut2 mendatang kan riak”..
    Apa yg saya tidak faham kenapa di fokuskan kepada riak, kenapa harus difikirkan perkara yg negatif..
    Apa pendapat dan pandangan ustaz mengenai hukum hakam telekung2 yg cantik2 ni..

    Pada saya kalau dah terbeli telekung yg cantik tu kalau takut2 timbul riak @ terdetik rasa riak di hati, lebih baik tidak di pakai utk tontonan awam di surau@ masjid.
    Wallahu’alam

    Terima ksih ustaz

    *Saya pakai telekung biasa2 saja :) bertanya krn malu bertanya sesat jln..

    • Fitrah manusia sukakan kecantikan…

      Pakailah yg cantik Islam tidak melarang…namun jangan pakai sesuatu pakaian yg menimbulkan rasa riak…jangan kata pakai telekung cantik boleh timbul riak…pakai telekung yang ‘sengaja’ buruknya atas niat ‘menunjukkan’ zuhud itupun dah dikira riak…

      Susah jika semua persoalan nk dikaitkan dengan riak..sebab ilmu riak ini adalah ilmu untuk merawat diri sbenarnya…bkn untuk menghukum orang lain…wallhua’lam

  29. mira says:

    Salam. Nak tanya, apa pandangan ustaz tentang orang yang bercerita ketika membaca doa(doa beramai-ramai)? rasa annoying lah bila tengok dorang tadah tangan tetapi ketawa terbahak2. bagaimana hendak tegur mereka tu ustaz?

  30. Naz says:

    Alhamdulillah.. artikel ini membincangkn isu ini dgn panjang lebar. tidak dinafikan masih ramai lagi yang tidak jelas dgn amalan tidak memakai telekung utk bersolat..mereka anggap ‘wajib’ pakai telekung ketika solat. tapi kadang2 telekung yg dipakai itu jarang dan ini masih tidak menutup aurat. jadi agak pelik kalau melihat org solat dgn memakai baju kurung dan tudung tiga segi saja..yang pada hakikatnya lebih baik dan sempurna daripada telekung yg jarang..saya sendiri pernah ditegur beberapa kali oleh makcik-makcik tentang hal ini hampir 7 thn lepas. tetapi alhamdulillah budaya ini semakin menjadi kebiasaan sekarang..

  31. Maxim says:

    Salam, Imam Muda :)

    Secara peribadi saya suka entri ni. Dan ini entri pertama yg sy baca.
    Ia banyak membincangkan “karenah” umat islam nusantara dalam bab2 solat. Moga-moga ia menjadi panduan yang berguna buat kita semua.

    Cuma saya ada kemusykilan bila tiba dalam hal2 wudhu. Apakah objective sebenar wudhu sebelum solat? Yang saya faham wudhu adalah untuk mensucikan diri dari hadas kecil, tetapi ianya kurang jelas buat saya bila ia tiba dalam hal2 yg bersentuhan kebersihan fizikal.

    Selain melaksanakan semua rukun2 wudhu, bagaimana wudhu yg sempurna boleh dicapai? Adakah dengan berjaya menanggalkan semua kotoran/benda2 yg berada diatas kulit?

    Bagaimana pula dengan org yang bertatu atau berinai? Ada pendapat2 yang sy dengar diluar sana yg mengatakan tidak sah wudhu itu kerana air
    tidak memasuki kulit (mana dalilnya?). Maafkan saya, tapi bagi saya itu sama sekali tidak masuk akal, kerana kulit secara semulajadinya memang tak telap air.

    Begitu juga dalam hal2 mandi wajib, ada yg mengatakan mandi wajib x sah jika air tak masuk rambut (???).
    Mohon penjelasan dari imam muda :)

    Jika kita di luar nusantara, ramai saja umat islam disana yang x menggunakan prinsip yang sama dalam berwudhu, malah lebih jauh dari itu. Ada yang mengambil wudhu hanya dengan setakat menyapu air pada kasut/stokin tanpa menyentuh kulit sama sekali.
    Sekali lagi mohon penjelasan….

    Saya merasakan kita sebagai umat islam nusantara mempunyai terlalu banyak kelemahan dalam memahami/mengetahui hukum-hakam islam secara universal yang rata2 datang dari pelbagai pendapat; dan hanya bergantung pada pendapat mazhab Syafie (itu pun kalau tahu :)).

    Maksud saya, we see things only by the eye of Syafie and disconcerning others’ points of views.

    Salam ukhuwah dari saya :)

    • Maxim says:

      Saya tahu ini bukan isu baru, tapi saya masih x dapat penjelasan yang memuaskan. Harapan saya semoga imam muda dapat memberi penjelasan, memandangkan bahasa imam muda lebih dekat dan mudah dihadam oleh orang2 muda macam saya :)

    • Bukan maksud asal wudhu yang tergolong dlam ibadah berbentuk ‘Mahdhah’ itu bertujuan membersihkan badan…kerana banyak hadis Nabi SAW pernah sekadar menyapu serban isyarat kepada menyapu kepala…juga dalam persoalan pemakaian khuf…Nabi SAW membenarkan menyapu atas khuf..Ini menunjukkan bkn ‘kebersihan’ itu maksud asal kepada wudhu’…jika kebersihan mnjadi tujuan wudhu, sudah pasti Nabi tidak menyapu serban sahaja, dan sudah pasti Nabi SAW tidak menyapu lapisan atas khuf…tetapi lebih elok disapu tapak khuf kerana ianya lebih kotor..Ini menunjukkan Ibadah ‘mahdhah’ itu suatu yang diluar pemikiran dan ianya bersifat ‘taabbudi’(ikut tanpa persoal)

      Namun, para ulama meletakkan syarat berwudhu itu perlu smpai air ke kulit…kerana itulah sunnah yang ditunjukkan Nabi SAW..Jika ianya tidak mendatangkan kesukaran yang bersangatan..Maka meninggalkan sesuatu yg menghalang air sampai ke kulit itu adalah wajib..

      Berkenaan dengan inai para ulama mengatakan ianya tidak menghalang air daripada kulit…tetapi dalam isu tattoo ianya menjadi perdebatan terhadap tatoo yg permanent..ada sebahagiannya mengatakan sampai, namun kebanyakkannya mengatakan tidak sampai ke kulit..

      SAya rasa anda keliru dari segi perbezaan ‘MASUK DAN KENA”…bukan kena masuk kedalam kulit@rambut…tapi cukup “SAMPAI air ke kulit dan rambut..

      Isu menyapu air pada stokin dan kasut isu yg berbeza…ianya kategori lain…

      Berkenaan pemahaman berdasarkan multi pendapat itu suatu yang bagus…namun dawabith daripada kefahaman masyarakat kepada salah satu mazhab adalah suatu yg lumrah kerana bukan semua org mengetahui persoalan hukum…apatah lagi fiqh muqaran..

      Salam ziarah

  32. atirah says:

    Salam Ustaz,
    saya ingin bertanya,

    adakah dagu(bhgian bwh muka dkira sbhgn dari muka atau bukan?

    kemusykilan ini timbul apabila saya bersolat tnpa memakai telekung..

    terfikir, adakah bwah dagu itu dkira sbhgn dari aurat juga?

    • Dagu itu bukan aurat krna ianya sebahagian dari muka…maka dagu boleh diperlihatkan…berasaskan kepada takrifan muka itu sendiri yg bermaksud dari hujung dahi hingga dagu..

      Manakala Wahbah Az-Zuhaili mendefinisikan daerah muka; panjangnya gigi rambut (anak rambut) biasa hingga ke bahagian akhir dagu. Atau dgn kata lainnya antara permulaan dahi sehingga ke bahagian bawah dagu. Hal dagu pula ialah tempat tumbuhnya rambut yang terletak di atas tulang rahang sebelah bawah. Dua tulang rahang ialah dua tulang yang menjadi tempat tumbuh nya gigi bawah seseorang. Lebarnya di antara 2 anak telinga.

    • NurHaq says:

      Kalau tidak kenapa telekung dibuat penutup dagu? Telekung tu adalah pakaian sembahyang wanita Melayu sejak dulu lagi. Dari dulu lagi sudah lama ada penutup dagu pada setiap telekung. In menunjukkan dagu itu wajib ditutup juga kerana mengikut pendapat Ibnu Abbas dagu pun perlu ditutup dan termasuk definisi aurat. Aurat wanita ketika solat sama ketika di luar juga. Rujuk tafsir di bawah ayat 30-31 surah An Nurr, dalil yang membawa kepada wajibnya khimar/tudung yang labuh menutupi dada.

  33. Nurul says:

    wah alhamdulilah
    sng la lps ni nk smbyg kt skolah kalau blik lmbt
    janji tudung n pakaian mnutup aurat

  34. atirah says:

    syukran ustaz…pnjelasan yg sorih..

  35. iem says:

    lg satu persoalan terjwb..syukran ustaz.. :)

  36. QANITHA says:

    DALAM SOLAT…KITA KENA JAGA KESUCIAAN PAKAIAN KITA KAN?SO,ADAKAH PERLU KITA MENJIRUSKAN AIR YNG MENGALIR KEPADA PAKAIAN YNG KITA CUCI? SBBB SY DNGAR KITA TAK BOLEH HANYA MERENDAMKAN(MEMBILAS) KAIN YNG SUDAH DI BASUH PADA TEMPAT YNG BERTAKUNG…

  37. ain najwa says:

    ustaz,boleh x jelaskan apa yang dimaksudkan tidak menampakkan warna kulit?maknanya apa?kebanyakan nye telekung putih biasanya menampkkan warna kulit iaitu coklat..bukannya warna sebenar kulit contohnya sawo matang,kuning langsat dan sebagainya…
    boleh ustaz jelaskan??

  38. ieda says:

    assalamu’alaikum..saya nak tanya ustaz..kalau di lihat masa kini..ramai wanita yang berada di luar rumah menutup aurat tetapi pakaiannya seperti berseluar jeans yang menampakkan bentuk kaki…memakai baju yang membentuk badan..andai dia solat dengan berpakaian sedemikian..adakah di bolehkan?mungkin dia berfikiran bahawa dia telah menutupi keseluruhan auratnya..dan bagaimana kita nak menjelaskan pada dia andai pakaiannya tidak sesuai untuk di bawa solat?

  39. Siti Aminah says:

    Assalamualaikum ustaz..

    Maaf,mgkn soalan sy lari sikit dr tajuk prbncangan.

    Sy msih brskolah menengah. Guru pnddkn islam sy ade ckp, lepas kita beri salam, tak payah sapu muka kita sbb Nabi Muhammad SAW tak prnh wat mcmtu. Itu yg ckgu sy ckp. Tp bila sy tgk mak n ayah sy, mreka sapu muka lpas beri salam. Utk kpastian, boleh ustaz huraikan dgn lbih lanjut?

    Terima kasih.

    • Siti says:

      Assalamualaikum saudari Aminah, setahu saya menyapu muka dgn tapak tgn setelah selesai solat adalah bid’ah yg bermaksud perkara yg tidak dilakukan oleh Nabi, jd msyrkt melayu Islam kbnyknnya mengamalkan “adat” ini sejak drpd nenek moyang dahulu shga skrg, walhal ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Perbetulkan sy jika salah..

  40. Razi says:

    Tahniah ustaz.artikel sbegini mmg ptt ditulis sbgi pmberitahuan.terigt ketika saya pernah bermusafir dgn isteri dan dia lupa untuk membawa telekung sedangkn kami perlu bermalam di hotel ketika itu.susah sungguh hatinya sbb takut xboleh smbhyg di bilik hotel.wlpn saya beritahu yg pki bj kurung dan tudung dah memadai tapi dia masih merasa syak tentang sah solatnya.namun dia tetap juge sembhyg dgn bj kurung akhirnya alhamdulillah.Perkara pakaian dlm solat saya rasa sgt fleksibel.kerana Islam itu mudah.

    saya rasa ustaz perlu juga tulis tntg solat dlm knderaan kerana saya rasa ia amat jarang diamalkan di negara kita.pernah saya menaiki bas dari hujung waktu zohor kemudian smpi ke lokasi selepas maghrib tanpa berhenti.saya bersolat dalam bas dan kawan2 saya mmpersoalkan sah solat saya kerana bwuduk mggunakan sebotol air mineral(takut byk tmpt yg xkene air) dan tidak mngadap kiblat.mmg saya terbiasa berbuat demikian semasa belajar di oversea.jd byk rakan2 saya mggunakan cara”qada”solat asar kerana takut smbhyg tidak sah dalam bas.saya rasa ustaz ptt ketengahkn juga tntg hal ni

  41. elisha says:

    assalamualaikum, ya ustaz. artikel ini memang sudah lama tapi saya ada persoalan ingin di tujukan. saya selalu juga solat tanpa telekung dan pernah mak saya cakap tak sah solat sebab belakang tapak tangan terdedah. ini kerana beliau berpegang kepada aurat seorang wanita adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. saya pernah juga research pasal benda ini dan pernah jumpa ‘tapak tangan’ yang di maksudkan dalam hadis tersebut juga bermaksud pergelangan tangan. boleh ustaz jelaskan secara terperinci. terima kasih.

  42. Nur Azianti says:

    Assalamualaikum..saya nak tanya kalau lepas solat kita perasan ada tanah liat pada telekung macam mana dengan solat tu? adakah ia dikira najis?

  43. ain says:

    Assalamualaikum ustaz.
    Saya ada pesoalan. Adakah benar terdapat hadis yang melarang umat islam menggunakan pakaian kuning ketika bersolat? Baru-baru ini, seorang kakak telah menegur perbuatan saya bersolat ketika saya memakai pakaian kuning. Menurutnya, terdapat hadis Rasulullah yang jelas melarang perkara ini. Minta tolong beri penjelasan. Terima kasih.

  44. invoker says:

    solat je la… kecoh tol… sembahyang tu lg penting

  45. dahdah says:

    salam. ada sesetengah muslimat skrg, iron tudung sembur dengan starch/kanji. (specifically brand: kiwi kleen fabric starch). tujuan nya adalah untuk mengeraskan tudung supaya tudung tu ‘menjadi/terbentuk dengan jaya nya’ time pakai.

    soalan saya, blh buat smayang x? sbb prnh dgr org kata kalau spray starch xleh buat solat. tp xdiberitahu la pulak kenapa..
    tq IM

  46. Siti says:

    Syabas, teruskan berdakwah kerana Allah! =)

  47. Ain says:

    Assalamu’alaiku, ustaz.
    Saya nak tanya macam mana kalau kita dah bertutup aurat, lalu solat dengan pakaian kita tapi macam mana dengan dagu? Ramai yang saya lihat sempurna pakaiannya dan menutup aurat tapi tidak ditutup dagunya ketika solat. Bukankah bawah dagu juga dikira aurat dalam solat walaupun ia diringankan di luar solat?

  48. xray says:

    assalamu’alaikum ustaz
    saya nak tanya apakah pandangan mengikut agama tentang seseorang lelaki yang memakai baju yang ketat dan apakah pandangan ugama tetang lelaki yang berambut panjang?.

    • thewhitesneakers says:

      kalau tak silap saya, Rasulullah saw pernah berambut panjang paras bahu.. :) do correct me if I’m wrong ye

  49. mona says:

    Salam ustaz,
    Saya ingin bertanya mengenai solat tanpa menggunakan telekung. Insya Allah sy menutup aurat,tp mungkin ada perkara2 remeh yang sy lalai. Contohnya, sy telah memakai baju berlengan panjang tp untuk memastikan lengan itu tidak tersinsing ketika solat dan sy memilih untuk memakai stoking tangan sehingga menutup pergelangan tangan. Adakah stokin tangan itu okay? sebabnya stoking tu kan ketat..

  50. Nur Kaniza Ko says:

    Salam Ustaz,
    Soalan saya sama dengan mona, kalau kita pakai baju kurung and dalam pakai inner lengan yang ketat, apbila kita angkat tangan tu nampak inner ketat, sah ke tak solat tu? Dan satu lagi, sy bekerja sebagai operator di Singapura dan terpaksa berulang-alik setiap hari, agak sukar untuk memakai jubah, selalunya saya pakai seluar jeans sahaja. Disebabkan saya berbadan besar jeans wanita tak ada saiz untuk saya, dan saya terpaksa beli jeans lelaki, dan ia agak longgar dan selesa untuk solat. So macam mana tu ustaz? Boleh atau tidak? Saya harap ustaz dapat menolong saya dalam bab ini. Terima kasih.

  51. intan says:

    Assalamualaikum Ustaz.
    Saya ada soalan nak tanya. Ni soalan daripada lecturer pensyarah saya untuk menguji logik akal.

    Berkenaaan dengan pemakaian khuf. Kenapa kalau ambil wudhuk dengan memakai khuf, hanya tepi kiri kanan dan bahagian atas khuf sahaja yang dibasuh…kenapa bahagian tapaknya tidak dibasuh sedangkan bahagian tapaknya lebih kotor?

    ADMIN: Soalan pensyarah nta tu sebenarnya kata-kata Saidina Ali ketika berbicara tentang khuf. Diriwayatkan daripada ‘Ali bin Abi Talib katanya: “Sekiranya agama itu dengan akal fikiran tentu bahagain bawah khuf (sarung kaki) lebih patut disapu daripada bahagian atas. Sesungguhnya saya melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di bahagain atas khufnya. (Abu Daud)

  52. ayumi haris says:

    Assalamualaikum ustaz, sy tlh d tegur oleh seorang makcik semalam ketika solat berjemaah di masjid, kata nya tidak sah solat saya kerana menampak kan aurat…then I tnya aurat yg mana satu tu sebab sy rasa macam dah tutup semua. Katanya aurat leher, sy terkejut…katanya melabuhkan kain telekung ketika rukuk (melepasakan kain itu jatuh ke lantai) adalah menampakkan aurat lehel wanita itu. Then dia kata perlu merapatkan/menarik kain telekung itu ke lutut semasa rukuk (seumpama tertutup). Boleh tak ustaz jelas kan bagaimanakah ia di kira menampak kan aurat sedang kan tiada siapa yg boleh melihatnya (sebab tengah rukuk)? perlukan sy menarik2 kain telekung itu ke lutut? tidak kah dikuatiri akan batal solat jika pergerakan 3x? mohon penjelasan ustaz…

  53. Azza says:

    Assalamualaikum Uztaz
    Maaf saya ada pertanyaan…
    Kalau wanita solat pakai seluar jean dan t shirt tapi pakai stokin
    di bolehkan ke…sbb dia kata if kat Oversea boleh aje
    Mohon perjelasan Uztaz saya keliru….

  54. saleh says:

    asalam boleh kah lelaki solat pakai stokin

  55. syafika says:

    Salam ustaz,
    Saya ingin bertanya apakah hukum memakai telekung yang selain daripada warna putih.Contohnya yang berwarna-warni ketika menunaikan solat?Mohon perjelasan ustaz.
    Terima kasih.

  56. yana says:

    As salam ustaz,

    sy jgk nak tnya ttg apa yg telah ditanya oleh Ayumi Haris…
    Perlu ke kita pakai pakaian yg menutup aurat walaupun dah pakai telekung di luarnya? Maksudnya adakah tidak sah solat dengan berpakaian tshirt lengan pendek atau sleeveless sedangkan kita memakai telekung yang tidak jarang diluarnya.
    Mohon penjelasan ustaz kerana saya pernah dengar yang aurat wanita ketika sembahyang adalah dilihat daripada bawah, so bila kita rukuk, leher dan lengan akan nampak. Sebab tu kena berpakaian menuutup aurat walaupun bertelekung.

    Terima kasih Ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>