Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan

Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara’. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi.

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.
(Al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:

“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.

Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)

Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT :

“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)

Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :

“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)

Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.

Prinsip di   atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang  lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.

Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai.

Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar.

Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik (berzina)  (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.

 

 

68 Responses to Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

  1. aimi says:

    post yg saye cari selame ni… sebab ramai rakan2 saye yg menanyakan tentang perkara ini… terima kasih ustaz…

  2. saya suri says:

    salam ustaz asyraf.. nak tny apa hukum putihkan gigi. kadang2 ade sesetengah orang yg gg nya memang kuning. hampir semua keluarganya mcm 2.. banyak cara dah kami buat, tapi mcm tu juga. saya ni bakal berdepan dengan masyarakat, jadi murid asik ketawakan kerana gg kuning. saya malu. adakah saya hendak putihkan gg itu haram?

    • Sila rujuk artikel..

      Sebarang bentuk perubahan yg dibuat disebabkan mengelakkan keaiban yang bersangatan maka dibolehkan…

      • nur says:

        as salam..ustaz,ckp pasal cantik dpan suami,mcamana kalau seseorg yg ingin mmakai pendakap gg(sbb gg yg xtratur,gg bawah lebih kedepan) dan juga ingin cantik untuk suami.hal ini kerana dia memakai purdah,,jd memang hanya mahramnya saja yg nampak..bgaimana keadaan tu ustaz?… syukran in advance..

  3. mudrikah says:

    assalamualaikum ustaz. saya nak tanya pendapat ustaz. apakah hukumnya jika berlaku peristiwa yang sedimikian :

    Aminah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan plastik di bahagian muka untuk mengembalikan semula wajahnya yang normal. Tetapi, bolehkah Aminah mengambil peluang ni bukan hanya untuk membetulkan bahagian muka yang telah rosak, tetapi juga untuk mencantikkan lagi wajahnya? Maknanya dua dalam satu. Pembedahan untuk mengembalikan wajah yang normal dan pada masa yang sama upgrade wajah supaya jadi lebih cantik.

    Mohon pendapat ustaz. Syukran.

  4. iman says:

    mohon izin ustaz copy artikel nie boleh

  5. ashwaq says:

    Assalamualaikum.

    Macam mana pula dgn pemakaian kanta lekap (contact lens)? Saya telah menggunakan kanta lekap sejak 5 tahun yg lepas, warna jernih (clear) tanpa warna, hanya kerana rabun dan tidak selesa memakai cermin mata, bukan utk tujuan kecantikan.

    Pada bulan puasa, adakah penggunaan kanta lekap membatalkan puasa, kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan?

    Mohon pendapat Imam Muda. Terima kasih. :)

    • Balqis8826 says:

      salam..

      ramainye tanya pasal contact lens,huhu
      contact lens tu macam spek la,kalo xpakai memudaratkan,kalau pakai memudahkan,so hukumnya harus,cuma contact lens tu alternatif lain untuk mereka yg rabun atau silau,islam xkate wajib pakai spek kalau rabun,n yg lain xboleh..huhu

      cuma contact lens yg berwarna,itu untuk tujuan ape?kalo kecantikan haramla hukum dia,tapi kalo pakai supaya nampak cantik hanya depan suami,dibenarkan..

      pakai contact lens xbatalkan puasa,memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tu maksud dia sesuatu yang berbentuk makanan yang dimasukkan ke dalam mane2 rongga badan yg boleh sampai ke perut.

      wallahua’lam.

      • nur says:

        as salam..ustaz,ckp pasal cantik dpan suami,mcamana kalau seseorg yg ingin mmakai pendakap gg(sbb gg yg xtratur,gg bawah lebih kedepan) dan juga ingin cantik untuk suami.hal ini kerana dia memakai purdah,,jd memang hanya mahramnya saja yg nampak..bgaimana keadaan tu ustaz?… syukran in advance.. :)

  6. Nur says:

    assalamualaikum,

    hal ni bole di qiyas kan dengan contact lens tak?

  7. puan siti says:

    salam saya suri,
    saya pernah menjadi pembantu pergigian di klinik suami saya dan telah dilatih untuk menerangkan proses rawatan pergigian khususnya tentang rawatan ortodontik (pemakaian pendakap gigi).

    tentang pemutihan gigi… klinik kami tiada rawatan yang tersebut kerana doktor sendiri tidak menggalakkan para pesakit membuat rawatan pemutihan gigi.

    sebabnya;
    1. gigi manusia amnya dibahagi kepada gred a,b,c dan d. setiap satu gred ada grednya pula.. contohnya a1,a2 dan a3..jadi mmg ada gigi yang nampak seperti sangat kuning.jika semua ahli keluarganya juga bergigi kuning,maka itu adalah mengikut keturunan.

    2. proses pemutihan gigi memerlukan kos yang tinggi… buat masa ini, yang paling bagus dalam rm 1000 ke atas dan bila dah buat rawatan tersebut sekali… kita kena mengulang balik rawatan yang tersebut setiap 3 tahun …sekiranya kita hanya memutihkannya sekali.. maka gigi yang diputihkan itu akan menjadi lebih kuning dari yang asal.

    3. gigi yang diputihkan akan lebih mudah berasa sensitif berbanding gigi yang normal.

    4. caranya terbaik ialah check up setiap 6 bulan sekali, buat cucian gigi dan kurangkan makanan yang manis dan jangan lupa gosok gigi 2x sehari (sekurang2nya).

    insyaallah..kalau gigi kita nampak agak kuning… tapi tidak kotor dan berbau.. tiada yang akan ketawakan kita..tapi jika masih merasa malu, berjumpalah dengan doktor pakar..minta nasihat..
    sekian..

  8. sakinah says:

    salam.. terima kasih atas penerangan dan kupasan.. Kita memang perlukan orang2 muda yang ada pengetahuan dan effort untuk menerangkan hal- hal Islam di negara ni.. Malaysia ni skarang dah kronik.

    Anyway, macam mana pulak dengan pemakaian kanta lekap yang berwarna warni tu? apa hukumnya? sekarang ni dah jadi trend pulak.

    Terima kasih! :)

  9. siti says:

    Salam Ustaz,

    apakah hukumnya bagi si pemakai braces ketika bulan puasa? sebab ada sesuatu(braces) didalam mulut. hrp ustaz dpt membantu..terima kasih

    • tadak masalah…jgn telan braces cukup..

      • Julia Mohd Hanapiah says:

        Assalamualaikum Ustaz,

        masalah saya ialah kadang saya malu utk bercakap dan berhadapan dgn suami kerana gigi saya semakin jarang, berbagai cara saya gunakan interaksi dgn suami supaya penampilan gigi saya tidak ketara pd suami. bolehkah saya mengenakan braces dgn niat utk cantik di mata suami dan tidak perlu berasa malu lagi? utk pengetahuan ustaz suami saya muda 4 thn dr saya dan boleh dikatakan suami saya seorang yg agak segak. mohon ustaz beri penjelasan dan nasihat yang sebaiknya utk saya.

        terima kasih

      • laila nur islam says:

        Assalamualaikum Ustaz,
        Saya nak bertanya, apakah hukum memakai brace sekiranya gigi saya jongang sedikit (terlalu sedikit). Dan dua gigi depan (gigi kapak) saya agak besar tapi sedikit jarang (terlalu sedikit) serta sedikit terjongket ketepi. Saya tak pernah ada niat nak pakai brace tu sebab saya tak pernah rasa malu atau nak jadi cantik. Tapi masalahnya, suami saya minta saya pakai brace sebab dia cakap dia kurang selesa tengok gigi saya macam ni.

        Apakah hukumnya jika saya mengikut kehendak dia sedangkan gigi saya bukanlah terlalu hodoh ataupun memberi kesan buruk?

  10. Tiada benda yang halal pun dalam semua ni melainkan jika darurat dan sememangnya sudah tiada jalan lain untuk mengelakkannya. Namun elakkan sehingga terpaksa menggunakan “YANG PALSU” sehingga melupakan “YANG BENAR@ ASAL”..

    Sekian..

    Wassalam..

    penulis hanya insan biasa..bukan imam muda pun…
    harap maaf atas segala kekurangan diri..

  11. Cahaya says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Bagaimana dengan pembedahan lasik? (utk correct retina mata supaya tidak perlu memakai lens/ spek mata lagi) Adakah hukumnye haram atau harus?

  12. Hamba Allah Dari Brunei Darussalam says:

    Assalamualaikum Ustaz Asyraf,

    Saya dari Brunei Darussalam ingin bertanyakan beberapa soalan untuk mendapat kan kepastian sebelum saya bertindak untuk menerus kan niat saya seperti soalan di bawah :

    1)Saya sudah sekian lama mengalami masalah jerawat yang teruk di wajah, leher dan kadang2 di kawasan bawah rambut di kepala dan badan. Masalah ini bertahun2 saya alami sehingga sekarang. Pada awal saya cuba untuk mengubati dengan pelbagai ubat jerawat yang ada di jual di kedai2, tapi jerawat saya tetap tidak sembuh sepenuh nya dan mula timbul lagi jerawat yg baru. begitu lah sekian lama tak henti2 jerawat tetap timbul. Jadi di fikiran saya teringin untuk membuat satu rawatan laser treatment dimana rawatan ini di lakukan mengelupas kulit yg rosak oleh jerawat di bahagian luar agar kulit baru tumbuh kembali. adakah rawatan ini boleh saya lakukan?

    2) semasa saya dalam perumuran 8 tahun, saya pernah mengalami kemalangan di langar kereta sewaktu menyeberang jalan raya tanpa sengaja. Almaklum waktu kecil agak nakal sikit. Kereta tersebut melangar saya menyebab kan saya terhumban di jalan raya menyebab kan kecederaan pada muka. pada kebiasaan jika kita membuat riak wajah senyum atau ketawa, lekukan di sekeliling bibir kiri dan kanan adalah sama. tapi kejadian tersebut menyebab kan lekukan wajah sebalah kiri saya tidak lagi seimbang dengan yg di sebelah kanan dan ianya amat ketara jika saya membuat riak wajah senyum atau ketawa. Memang sukar untuk mengambar kan keadaan wajah saya tapi ianya membuat kan saya kurang senang dan kurang keyakinan diri serta malu. Saya ingin memperbetulkan struktur wajah saya kembali dan adakah saya boleh melakukan pembedahan pada wajah saya hanya untuk memperbetul kan kembali struktur wajah saya agar?

    Itu saja persoalan saya pada ustaz, Assalamualaikum.

    Hamba Allah
    Brunei Darussalam,

  13. fieda says:

    Salam sejahtera,

    Saya ingin bertanya apakah hukumnya pemakaian pendakap gigi ini ketika bulan puasa..adakah puasa kita terbatal disebabkan ada pendakap tersebut di dalam gigi?

  14. Hashira Hamid says:

    assalamualaikum ustaz.

    Kemusykilan saya adalah tentang pendakap gigi. Kawan-kawan saya selalu tegur tentang keadaan gigi saya sehinggakan saya rasa malu untuk bercakap. Saya ingin memakai pendakap gigi tetapi saya takut yang saya ingin mengubah kejadian Allah. Niat saya untuk memakai pandakap gigi adalah untuk lebih selesa untuk bercakap dengan pesakit pesakit saya agar saya lebih berkeyakinan. Untuk pengetahuan ustaz, saya berkhidmat sebagai seorang kaunselor, maka saya akan berjumpa dengan ramai orang setiap hari. Gigi saya tidaklah teruk sangat tetapi agak sukar untuk diberus sekiranya sesuatu makanan terlekat dicelah gigi. Adakah niat saya ini adalah bertujuan untuk kecantikan atau untuk menyelesakan diri saya?

  15. Chemek says:

    Bagaimana pula dengan hukum gigi palsu yg ditanam (crown/brige)?

  16. Anis says:

    Assalam,

    Gigi saya berlapis-lapis di bawah dan di atas pula terdapat satu lagi gigi yang berlapis dengan gigi taring saya. Saya bercadang nak memakai braces untuk memudahkan saya mengunyah dan juga menggosok gigi. Kadang kadang kalau makan roti, kacang, gigi belakang gigi taring mesti melekat dengan kacang dan nak gosok gigi pun susah. Pernah sekali ada kaviti :(

    Jadi saya berhasrat nak pakai braces. Boleh ke? Tujuan utama ialah nak mudahkan saya makan tapi secara tak langsung, bukan ke gigi boleh jadi cantik terus kalau pakai braces?

    Jadi apa hukumnya kalau saya nak pakai braces? Tak haramkan? Hehehe.

  17. saleh says:

    Assalamualaikum…

    nama saya saleh, minta sedikit pandangan dan nasihat ustaz yg arif,

    sy sudah beristeri.. sy kurang selesa dgn stuktur gigi isteri saya.
    kerana kadang kala sy lebih cenderung memandang wanita lain yg bergigi tersusun.. walaupun sy sudah beristeri.. kadang kala sy rasa amat bersalah sbb selalu tgk perempuan lain. Dan oleh kerana sy sygkan dia dan hubungan kami, sy suruh dia buat braces.

    soalan sy,

    1)pertama adakah sy berdosa atas arahan itu..?

    2)Kedua mmg ada niat sy nk dia kelihatan cantik. cantik dimata sy dan supaya sy tidak lg cenderung melihat wanita lain yg bergigi lebih tersusun. adakah niat sy tu salah?

    3)Ketiga, Sekiranya perbuatan sy salah, adakah isteri sy turut berdosa walaupun terpaksa mengikut arahan sy sbagai suami..?

    terima kasih, sekiranya soalan dan situasi sy ada menganggu perasaaan mana2 pihak, sy mohon ampun dan maaf kerana terpaksa ceritakan sedikit keaiban isteri sy, kerana sy inginkan jawapan yg dpt melepaskan sy dan isteri sy dr keraguan..

    • heartbeat says:

      tu maksudnya diri sendiri yg x dpt nk tahan nafsu..lpas tu salahkn gigi bini..klu dh sayang bini,terima dia seadanya..klu nk perfect,tunggu masuk syurga la..lepas gigi dia tersusun,nk bagi alasan pa lak utk tngok pompuan lain??..kalau dh terang2 haram wpun utk suami ke,alasan tu bagi ak x leh pakai..sbb gigi tu akn jadi kekal susunanya dan dpt dilihat oleh org lain jgak..mcm org yg bagi alasan nk cukur kening kononnya utk suami,pdahal org luar pn still bleh tngok kening dia..kdg2 kita bnyk bagi alasan utk halalkn sesuatu yg kita sendiri kdg2 dh tahu haram.

  18. saya nur says:

    saya bakal pakai braces tahun depan

    gigi saya berbeza dari gigi org lain
    rahang bawah saya lebih kedepan berbanding rahang atas
    (protruding)

    so disebabkan perbezaan tu saya ingin memakai braces…
    sebab saya malu dengan orang lain yang normal gigi diorang

    dibolehkan atau tak ye ustaz ?

  19. Dilema says:

    Assalamualaikum ustaz…

    Memang lelaki diharamkan mencukur bulu kaki jika tujuannya menyerupai kaum wanita kan ustaz (jika saya silap ustaz tolong perbetulkan)…
    tetapi bolehkan seseorang lelaki yang memiliki bulu kaki yang lebat,panjang dan kerinting memendekkan bulu kakinya dengan cara menggunting supaya kelihatan kemas?

    saya harap ustaz menjawab persoalan saya ini…terima kasih ustaz :D

  20. jokes says:

    jokes…

    [...]Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi) | Tinta Imam Muda Asyraf[...]…

  21. sara says:

    assalamualaikum ustaz…

    saya nak tanya, apa hukum pakai contex lens berwarna bagi perempuan?
    dan jika pakai bukan kerana kecantikan tapi disebabkan masalah rabun apakah hukumnya? saya juga nak tahu, jika perempuan pakai tapi telah menarik perhatian org sedangkan bukan itu kemahuan kita apakah hukumnya ustaz, mohon beri jawapan, terima kasih :)

    • serius x paham says:

      kalau utk perubatan..kenapa x pakai yg x da kaler je..sendiri dh tahu niat sndiri,masih nk berdalih n mmberi alasan..dh tahu benda tu menarik perhatian,x kisah la atas niat ke x,dh tahu pakai lagi kenapa..x paham betul.

  22. gadis semasa says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Apakah hukumnya sekiranya saya pakai braces bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri?

    • pendapat aku says:

      pda aku..sma ja utk kelihatan lebih cntik..bila cntik rsa yakin kan..x da beza pn..putar belit ayat last2 smpai ke situ jgak.

  23. faiz says:

    Assalamu’alaikukum ustaz.

    Boleh ustaz terangkan hukumnya jika saya melakukan pembedahan rahang utk tujuan memperbaiki keadaan gigi saya yg jongang di bahagian rahang bawah dan gigi saya juga tidak begitu teratur?

    Apa hukumnya jika saya cuba memperbaiki gigi saya, dan jika selepas membuat pembedahan tersebut wajah saya berubah sedikit menjadi lebih kacak dgn secara tidak langsung adakah haram hukumnya? Tolong ustaz saya dalam dilema, terima kasih ustaz!

  24. Hamba_Allah says:

    Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Ustaz Asyraf,

    Waktu dulu semasa kecil, kedudukan gigi saya normal tetapi kerana tidak dijaga dengan baik, 4 gigi hadapan di bahagian atas terpaksa di buang, dan apabila tumbuh semula, kedudukan nya berubah, ada yang ke depan dan ada yg ke belakang, ini menyebabkan saya kehilangan keyakinan diri untuk bercakap dgn orang ramai dan saya rasa amat tidak selesa. Saya terfikir untuk menggunakan pendakap gigi tetapi sempat tengok program “Soal Asyraf” kebetulan pulak isu tentang berkenaan. Jadi, soalan saya, adakan tujuan saya ini membolehkan saya meggunakan pendakap gigi? saya faham yang hukum nya terletak pada niat seseorang. Niat utama saya adalah untuk merasa selesa dihadapan org ramai tetapi juga ada niat supaya rupa wajah saya menjadi lebih baik…

    Harap Ustaz berikan solusi, terima kasih.

  25. UriaAisya says:

    Assalamualaikum ustaz…terima kasih ana ucapkan kepada ustaz kerana telah menerangkan hukum pemakaian pendakap gigi.Alhamdulillah akhirnya terungkai segala permasalahan yang ana hadapi.semoga apabila memakai braces ini dapat membantu kecacatan yang dihadapi dengan niat yang baik dan ssuci..Amin :)

  26. mohon copy dan share ye ustaz….

  27. nur farah amira says:

    assalamualikum ustaz,sy nk tanya ni
    kalau kita pakai braces hanya untuk mengelak dari tooth decay
    berdosa ker?

  28. Nur says:

    Assalamualaikum Ustaz. Boleh tak kalau saya memakai pendakap gigi kerana sewaktu kecil gigi saya tersusun rapi. Tapi, apabila meningkat umur 7 tahun, gigi saya mulai tumbuh tidak tersusun, ada yg tumbuh ke depan, ada yg tumbuh ke belakang. Ada juga kawan-kawan yg memanggil saya puntianak disebabkan saya mempunyai dua gigi yg tajam yg kelihatan seperti taring. Apa pendapat Ustaz?

  29. azza says:

    alhamdulillah…terjawab juga kemusykilan saya selama ini….nasib baik saya belum buat….sebab saya xda sebab pn kenapa nk buat pendakap gigi…terima kasih banyak2…

  30. norbasyirah razali says:

    salam ustaz ashraff..saya bercadang memakai braces untuk membaiki kedudukan gigi atas saya yang tidak teratur kerana kawan2 di sekolah pernah menggelarkan saya gigi arnab kerana rupa gigi yang tidak cantik.kadang2 ramai kenalan bertanya kenapa gigi tidak tersusun begitu..ini membuatkan saya malu dan saya lebih suka diam drp berkomunikasi dgn org lain..apakah saya harus memakai braces?saya keliru

  31. Adli Amirullah says:

    salam ustaz. nak tanya, macam mana pula dengan ‘niat tidak menghalalkan cara’ ? apa kata ustaz?

  32. mj says:

    terima kasih ustaz atas hujah2 yg diberikan. :)

  33. hamba allah says:

    salam ustaz … sye nk bertnye … gigi sye ni kedepan dan juga gigi sye ade yg dlm n kedepan .. oleh sebab gigi sye begitu kwan2 sye sllu mengutuk n mengejek sye … oleh sbb itu sye merancng untuk memakai pendakap gig … yg membuat kn sye confius n ragu2 tuk memakai krna setengah pendapt2 ustz mengatakan bhawa pendakap gigi ini mengubah ciptaan allah , n setengah juga mengatakn bahawa tidak mengubah … krna itu bkn gigi kita yg kita lahir itu gigi yg sudh cabut untuk menenumbuh gigi bru … saya mohon penjelasan ustz … thaknzz ….

  34. sakura says:

    Assalamualaikum ustaz….
    saya ada sedikit kemusykilan …saya nk pakai braces…tapi takut kalau2 kene cabut gigi…so, saya nk bertnya hukum cabut gigi sebab nak pakai braces? sebab dengar gigi yang masih elok pon kene cabut….mcm mne tu ustaz?

  35. saya says:

    assalam ustaz..saya nk tnya la…gigi saya bahagian atas tumbuh xsekata lepas di cabut masa kecil..ada yg tumbuh kecil dari gigi biasa dan ada juga yg tumbuh senget..ini menyebabkan gigi saya kelihatan seperti gongak di bahagian atas..adakalanya saya berasa malu untuk bercakap kerana keadaan gigi saya ni..tapi kedudukan gigi saya xmendatangkan sebarang kemudaratan atau kesukaran pada saya…cuma saya jadi kurang yakin pada diri sbb ni…saya bercadang utk memakai pendakap gigi bagi membetulkan kedudukan gigi saya namun saya masih ragu2 tentang pemakaian braces ni..mengikut hukum,boleh ke saya pakai braces ye ustaz? sbb bila seseorang tu pakai braces,secara automatiknya dia akn kelihatan lebih cantik dgn keadaan gigi yang teratur.bukankah hal ini di panggil mengubah ciptaan Allah?saya sangat2 keliru dgn masalah ni..tolong jawab soalan saya ye ustaz…tq..wassalam…

  36. Nurul Dahiah says:

    Assalamualaikum ustaz ~
    Jika kita memakai pendakap gigi untuk mengelakkan keaiban tetapi dalam masa yang sama kita ingin kelihatan lebih cantik. Adakah berdosa ?

  37. Izzul says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Adakah dalam kes saya ini diharamkan pemakaian braces.

    Bahagian gigi atas saya tdak sekata, dimana kadang2 saya sedikit malu untuk senyum. adakah saya dibenarkan utuk meluruskannya?

  38. iylia says:

    assalamualaikum ustaz…
    saya ingin bertanya pendapat dan hukum berkenaan dengan perkara diatas…
    gigi saya, ada satu gigi saya ke belakang…dan menyukarkan saya untuk berus gigi..dan saya pernah ditertawakan “gigi xde” sedangkan gigi saya ada..cuba ke belakang…
    apakah hukum jika saya memakainya…
    dan apakah hukum jika kerana satu gigi saya pakai pendakap atas dan bawah sekalai…

  39. Afefah says:

    Terima kasih atas pemberitahuan …

  40. sy org awm says:

    Salam’alaik…
    Tenang saja. Mudah2an dapat penyelesaian..ustaz dh tak larat nak balas…:)

  41. Aisha says:

    Tetapi ustaz, pakai braces bukan menjarakkan gigi tetapi merapatkannya.

  42. buble says:

    Assalam ustaz.. Saya mempunyai gigi yg sedikit ke depan akibat tabiat menghisap jari ketika kecil..sekarang ni sebutan pun agak tak jelas akibat pergerakan gigi ke depan.. boleh kah saya memakai pendakap gigi?? Terima kasih.

    • nawwar hanifah says:

      sbgai bakal doktor gigi, jwpn saya ialah anda boleh dan termasuk dlm kategori pesakit yg memerlukan rawatan braces. kerana kes anda tujuannya adalah untuk mengembalikn gigi2 ke kedudukan asal supaya boleh berfungsi dengan betul.

  43. Shahir_Saher says:

    Gigi saya jongang tapi nak buat braces pun tak boleh sebab takde duit tekpun.Nanti ada duit saya buat gigi saya.

  44. ieda says:

    assalamualaikum ustaz ,

    saya faham memakai braces adalah haram jika untuk kecantikan . tapi bagaimana jika keadaan gigi kita membuatkan kita kurang keyakinan diri dan segan untuk berhadapan dengan orang ramai ? apa hukum memakai braces untuk situasi ini .

  45. gieha says:

    assalamualaikum. gigi saya asalnya cantik kedudukan. tetapi apabila tumbuh gigi kekal, kedudukannya berubah kerana gigi saya telah disengetkan secara tidak sengaja semasa gigi kekal sedang tumbuh. sehinggakan lidah saya berlekuk mengikut bentuk gigi yang berlapis. kalau saya memakai braces, adakah dikira sebagai haram?

  46. ingin tahu says:

    assalamualaikum ustaz…saya nak tanya jika saya dilahirkan dengan gigi yang alhamdulillah tersusun tetapi atas sebab-sebab tertentu bentuk gigi berubah.. adakah haram saya memakai pendakap gigi?

  47. Dr Nik says:

    blog yang bagus dan amat bermanafaat. Jazakulullah khairan ya akhi.

  48. Syatilla says:

    assalmualaikum ustaz, saya nk tanya sikit..kalau kite melurus kn rambut untuk kecantikan berdosa ya?

  49. hudaify says:

    Ustaz, gigi saya ada jarang di tengah. Bolehkah dipasang pendakap gigi?

  50. rozita says:

    mcm mana nk share artikel ni ya

  51. iza says:

    Assalamualaikum..ustaz.gigi saya memang dah jarang..jdy kalau.saya.nk pakai braces bleh ke tidak?saya tidakk selesa nk berbual dengan orang…adakah hukummnya.harus.ustaz?

  52. nurin fariha says:

    Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, gigi saya asalnya kedudukannya teratur. Tetapi sejak tumbuh gigi kekal, gigi saya senget ditepi. Sebenarnya saya agak malu dgn rakan2 saya. Kadang2, bila saya nk senyum, mesti tutup mulut. Boleh ke saya memakai braces?

  53. aishah says:

    Dah terbuat masa sekolah dulu. Mak ckp gigi dulu lg manis bila senyum sbb ada gigi berlapis. Gigi sekrg nampak palsu sbb sekata n terlalu tersusun. Sesungguhnya ciptaan asal lbh baik =’(

  54. Nur Nadia says:

    Assalamualaikum ustaz…saya nak bertanya, apa hukum nye kalau buat tanam gigi??atau pun buat bridging iaitu tmbah gigi pada tempat gigi rongak…

  55. faisal hamid says:

    Assalamualaikum ustad. Saya seorang pekerja di sebuah syarikat spray. Saya mempunyai masalah cat melekat pada bulu pipi dan bulu mata yg amat sukar untuk dihilangkan. Apakah sah atau tidak jika saya mandi wajib ? Cat yg melekat tidaklah besar mana. Ibarat betul2 seperti dihujung bulu roma. Namun saya masih was was.

  56. ika says:

    Assalamualaikum ustaz. Sy nak tanya sikit tentang pendakap gigi. Kalau pendakap gigi tu yg palsu, tak mengubah ape2 ciptaan ALLAH boleh pakai tak? Saje2 pakai sbg hiasan je? Sy penah tanye org, kalau pakai tak mengubah ape2 ciptaan ALLAH umpama macam pakai cincin lah. Saje berhias, nak cantik. Sy harap ustaz boleh bg ulasan utk soalan sy ni, sebab sy jual pendakap gigi yg palsu. Sy jadi dilema ni.

  57. aireya says:

    Salam ustaz… izinkan sye bertanya.. saya mempunyai dagu yg panjang dan maju ke depan.. ini menyebabkan ramai kawan sye tegur ketika sye brcakap atau ketawa kawan saya tegur sye dan menyebabkan sye rase malu.. seperti tiada keyakinan diri utk bercakap…dlm situasi begini,, boleh ke jika saya melakukan pembedahan di dagu sye utk memendekkan ia? dan hukum melakukannya.
    Saya amat berharap ustaz dapat menjawab pertanyaan sye ini kerana sye buntu memikirkannya…Terima Kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>