Imam Muda Asyraf Umum Nama Anak Selepas 7 Hari

Oleh
SITI AZIRA ABD AZIZ
mStar Online (Khamis November 24, 2011) 


Asyraf dan isteri menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 18 November lalu.

PETALING JAYA: Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.

Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

“Bagi yang tidak merancang untuk membuat aqiqah hari ketujuh, sunat memberi nama pada hari kelahiran tetapi bagi yang merancang membuat aqiqah pada hari ketujuh, sunat memberi dan mengisytiharkan nama pada hari ketujuh.

Wajah ceria Asyraf dan isteri di samping putera mereka.

“Jadi, saya akan mengisytiharkan nama anak kepada semua pada esok (Khamis). Tetapi kemungkinan saya akan mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pada hari ini,” kata Asyraf ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi.

Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

Asyraf berkahwin dengan Nurhusna hampir dua tahun.

5 Responses to Imam Muda Asyraf Umum Nama Anak Selepas 7 Hari

  1. Aisyah says:

    Tahniah semoga diberkati dan dimurahkan rezeki oleh-NYA. Amin.

  2. muslimahsejati says:

    Erm comelnya anak Asyraf! (Subhaanallah!)
    Semoga kehadiran ahli baru akan lagi memeriahkan hidup asyraf dan isteri tercinta :-)

  3. Marjan says:

    hari jadi dia sama ngan saya..18 november..

  4. cikgutaufiq says:

    ALHAMDULILLAH :

    Tahniah syeikh Asyraf, baby anta memang comey
    Ana doakan dah besar nanti jadi macam anta, berdakwah sokmo… :-)

  5. Jamilah Jaa says:

    salam ustaz… tahniah pada ustaz dan husna… semoga kehadiran anak ustaz akan menambahkan lagi seri dalam keluarga ustaz….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>