Kembaraku Menuntut Pengalaman

Mencari sesuatu di negeri orang adalah perjalanan ilmu. Walaupun ianya tidak kelihatan seperti menuntut ilmu. Namun hakikatnya hati dan mata itu tersentuh berdasarkan apa yang dilihat dan dirasanya.

Perjalanan beberapa bulan dahulu ke Negara Uzbekistan suatu pengalaman luar biasa. Melihat bagaimana negara bekas soviet itu berdikari. Bahkan merasai juga nikmat peninggalan Ulama muktabar Imam Bukhari. Semuanya menggambarkan kepada kita warna kehidupan bahawa betapa kecilnya Malaysia.

Bagi yang hidup berulang alik dari rumah di Ampang ke tempat kerja di KLCC dalam jarak sekitar 5 kilometer pasti berbeza dengan orang yang bekerja di Kuala Lumpur namun menetap di Seremban. Orang Kedah berkahwin orang Kelantan juga berbeza dengan orang Kedah berkahwin dengan orang Perlis.

Yang jauh lama kelamaan perjalanan itu dirasa semakin dekat bila dirutinkan. Orang yang berulang alik KL dan London pasti juga merasai dunia yang sama. Malah wajah ia memandang manusia juga pasti berbeza.

Manusia akan lebih matang bila ia terus mengenal manusia. Manusia lebih mengenal nilai budi dan etika bila ia sendiri bertemu dengan kepelbagaian etika. Akhirnya perbezaan mampu menghasilkan keputusan. Budaya di Eropah pasti berbeza dengan di Malaysia. Secara tidak langsung ilmu baru itu akan mengajar kita.

InsyaAllah saya akan ke India pada bulan Disember ini. Satu perjalanan bukan semata-mata perjalanan. Bukan semata-mata keseronokan. Namun pelajaran sebenarnya yang ingin dibeli. Pengalaman sebenarnya yang ingin dimiliki. Akhirnya ia akan mematangkan kita diusia yang muda.

Saya berfikir. Mengapa bila ditanya kepada warga Eropah, apakah pakej pelancongan yang diminati. Adakah mencari hotel berbintang-bintang. Atau mencari kelab malam yang boleh bergoyang. Namun hakikatnya yang diminati adalah melancong secara ‘backpackers’. Bila ditanya kepada mereka kenapa. Jawabnya kami mahukan pengalaman baru, merasai hidup negara orang. Itulah nikmat pelancongan. Bukan penghawa dingin yang sentiasa kami rasai di pejabat kami.

Jawapan ini suatu jawapan kepada hati saya kenapa India begitu berharga untuk saya. Walaupun melalui perjalanan kelas 4 bintang, namun ianya juga satu pengalaman dan tawaran yang tidak akan di tolak. Walaupun terpaksa meninggalkan anak dan isteri yang sedang berpantang. Ini pengalaman. Mana mungkin pegalaman itu diperolehi di corong kuliah Universiti.

Terima Kasih Abang Mad yang sudi mengajak saya buat kali kedua melancong bersama. Ini mungkin satu tali ukhuwwah yang hebat apabila bermusafir bersama. Bukan sekadar business semata-mata. Namun silaturrahim itu lebih utama. Jumpa kita di sana. Taj Mahal dan Kashmir menanti kita. Wasalam.

Kembara Bersama Imam Muda di India…kunjungi : http://safirgotravel.com/

2 Responses to Kembaraku Menuntut Pengalaman

  1. mhnizam says:

    good luck imam muda.Kembara musafir banyak kelebihannya.Orang kita harus berusaha untuk bermusafir kerana banyak hikmah disebalik perjalanan.

  2. Feroz says:

    nak musafir selalu,,,tapi selalu takde duit. huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>